Friday, December 2, 2011

kata

Seandainya kehadiranku
dalam kehidupanmu
sebagai CAHAYA,
tetapkanlah aku
untuk terus berada
didalam hatimu
untuk menyinari
kehidupanmu

Insya Allah....

Bila rindu mencengkam...................

Ya Allah, hebatnya dugaanMU pada hamba-hambamu. Siapalah aku untuk melawannya, segalanya adalah dariMU. Engkaulah segala-galanya.
Ya Allah ... kuatkanlah semangatku, kuatkanlah imanku, tatkala rindu mencengkam di dada. Engkaulah yang maha hebat.
Ya Allah.......
Bebaskanlah aku dari rasa ini, tenangkanlah hatiku, sesungguhnya Engkaulah pemilik segala rasa. Janganlah Engkau biarkan aku lemah dalam menghadapi ujian ini. Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi. Amin , Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, August 30, 2011

Jodohku

Jodohku apa khabar anda sekarang? Sihat ke?
Andai perjalanan kita masih jauh, aku redha... kerana itu adalah ketentuan Ilahi..

Jodohku..sudahkan anda mempersiapkan diri dengan segala ilmu rumahtangga?
Ku harap, ilmu yang diperolehi itu menjadi bekalan di alam rumahtangga nanti..

Jodohku..jujurnya aku rindu padamu..
Siang malam sentiasa mengingati dirimu..
Ingin ku kongsikan segala rasa di hati ini pada dirimu..
Namun aku sedar.. ikatan tanpa pernikahan akan mengundang murkaNYA.

Jodohku... siapakah gerangan dikau?
Yang akan menjadi pendampingku dunia dan akhirat..
Jodohku.. di manakah dikau berada?
Adakah dekat dengan diriku ataupun nun jauh diseberang..

Duhai jodohku.. teruslah berdoa agar segalanya dipermudahkan olehNYA..
Teruslah berharap padaNYA, agar kita dapat dipersatukan dengan ikatan yang diredhai

Jodohku, persiapkanlah dirimu agar kita bisa melayari bahtera rumahtangga dengan keimanan dan ketakwaan
Doakan juga diriku ini wahai jodohku..
Agar bisa bersabar seperti dirimu,
Agar bisa tabah, dan kuat seperti mu,

Jodohku, dengan seikhlasnya Insya Allah aku amat menyayangimu..
Kan ku terima dirimu dengan seadanya..
Ku tak sanggup kesepian dan kesunyian lagi dalam hati ini..
Semoga kehadiranmu wahai jodohku bisa merubah segalanya..
Ku harapkan wahai jodohku..
Engkaulah yang terbaik buat diriku
Dunia dan Akhirat Insya Allah..
Amin-- Ya rabbal Alamin..

Friday, August 19, 2011

Aku rindu pada sahabat-sahabatku

Terima kasih ya ukhti kerana sudi menjadi sahabatku. 3 tahun bersama kalian, banyak yang telah kupelajari. Syukur Alhamdulillah. Aku banggka dengan kalian kerana masih teguh di jalan dakwah.

Mabit bersama, daurah, rehlah, sangat seronok ku rasakan. Berkongsi masalah, bersama-sama dalam perjuangan Islam. Sesungguhnya kalian semua adalah cahaya penerang hatiku.Terima kasih kerana membantu aku mengenali Sang Pencipta, terima kasih kerana memberi rasa ukhwah dijiwaku, terima kasih atas segalanya. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa kalian.

Raihana, shida, suhaily, Fatimah, Asma, Zainora, Balkhis, Zuraida, Syahirah, Suhila, Zafira,fazidah,..sayang ukhti semua. Semoga kalian sentiasa dilindungi olehNYA. Amien.. ya Rabbal Alamin.

Saturday, August 13, 2011

Sesuatu tentang cinta..

Ya Allah,sesungguhnya Engkau jugalah yang memberi kekuatan kepadaku. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Engkau berikan kepadaku.....

Sudah sekian lama aku secret admire kat seorang ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya rasa di hati apabila mengingati dan merindui seseorang. Lantas ku mohon pada ilahi untuk diberi petunjuk.

Sahabatku memperkenalkan aku kepada seseorang. Bermulalah solat istiqorah ku. Dugaan datang apabila perlukah aku menjalikan perhubungan dengannya.Sedangkan dalam hati aku masih teringat kat secret admire ini. Aku tidak mahu berkawan dengan teman baru ini kerana tidak mahu menduakan rasa hati ini. Namun segalanya terungai apabila uncleku ingin memperkenalkan aku dengan seseorang pula.

Konflik hati terjadi apabila secret admire, kenalan sahabat dan kenalan uncle bermain di jiwa. Hanya Allah SWT yang mengetahui perasaanku pada ketika itu. Lantas ku Mohon pada Ilahi untuk diberi kekuatan agar dapat meluahkan rasa kepada secret admire

Pada suatu hari, setelah selesai solat istiqorah aku mulalah berfb dengan secret admire ini. Perasaanku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Rupa -rupanya selama ini cuma aku sahaja yang teringatkan kepadanya. Si dia hanya menganggapku sebagai sahabat sahaja. Syukurlah segala kekusutan hati keresahan hati selama ini sudah terlerai. Sekurang - kurangnya aku tahu bahawasanya dia tidak punya apa - apa perasaan terhadapku. Semoga A---- mendapat jodoh yang sesuai untuknya. Amin.....

huh........ lega rasanya apabila kita dapat meluahkan rasa seseorang. Semoga rahsia ini akan disimpan olehnya..

Kini, hanya tinggal 2 pilihan.. perlukah aku mengenal kenalan uncleku atau meneruskan hubungan dengan kenalan sahabatku ini.................................. Konflik terus bermula lagi. Lantas ku terus berusaha memohon petunjuk Ilahi. Tibalah masa............

Akhirnya, ku putuskan untuk tidak berkenalan dengan kenalan uncleku... kerana berat hati ku rasakan.Biarlah, cukuplah seorang ini yang bertakhta di hati. Kerana ku tahu, Insya Allah, matlamatnya seiring dengan matlamatku.....

3 minggu berkenalan dengannya serba sedikit aku mengenali peribadinya. Namun, hatiku berkonflik lagi, perlukah aku berkenalan dengannya untuk jangka masa yang lama. Sedangkan belum punya ikatan yang sah. Lantas ku cari maklumat tentang couple. Syukur Alhamdulillah aku menjumpainya.

Aku akhirnya memutuskan hubungan dengannya sehinggalah kursusnya selesai. Aku tidak mahu hanya kerana perkenalan yang lama memyebabkan banyak wang, masa, tenaga, sia - sia terbuang begitu sahaja. Aku mahu, andai serius dalam suatu perhubungan buktikan dengan tindakan. Mantapkan ilmu, iman di dada agar dapat melayari bahtere rumahtangga.

Kini, aku hanya bertawakal kepadaNYA. Andai S------ ---- adalah jodohku, Engkau satukanlah hati ini pada masa yang sesuai. Engkau mudahkanlah segala urusan penyatuan hati ini. Sesungguhnya Engkulah Tuhan kami, pemilik hakiki cinta ini.

Amin - Amin - Amin Ya Rabbal Alamin................

Biarlah masa yang menentukan segalanya..... 8, 9, 10, 11, 12, 1......... WALLAHUALAM



Ya Allah, Engkaulah empunya CINTA ini

Peritnya merindui seseorang tatkala cinta bersemi dijiwa. Namun ku tak tahu adakah dia jodohku. Cinta memang indah, menceriakan hati, membina impian bersama.Namun siapa aku untuk merialisasikannya. Aku bukanlah empunya hakiki cinta ini. Melayari bahtera cinta tanpa ikatan hanya mengundang murka Ilahi. Lantas ku tutup hati ini, ku pagari dengan iman agar terpelihara. Kekadang ku tak mampu menjaganya. Ingin sahaja keluar dari pagar iman. Akan ku cuba memelihara hati ini dengan sebaiknya. Insya Allah. Diakah jodohku atau sekadar singgah menyapa yang memberi bekas di hati. Ku yakin andai dia.. Insya Allah, Tuhan akan satukan andai dia. Wahai hati bersabarlah, berdoalah,bersyukurlah kerana diberi nikmat cinta ini. Peliharalah, jangan kau hambur-hamburlah segala rasamu itu pada si dia. Luahkanlah segalanya pada pemilik cinta Hakiki. Kerana bukan dia yang menentukan segalanya. Ya Allah, berilah kekuatan hati kepadaku untuk terus istiqomah dijalan Mu. Kau pertemukanlah jodohku pada masa yang sesuai, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya. Andai dia bukan jodohku, Engkau redhakanlah hati ini dan gantikanlah yang terbaik buatku. Amin..Amin..Amin ya rabbal alamin.

Sunday, May 29, 2011

Ku ingin jadi kekasihMU

Ujian datang...ku kalah...
Ujian datang..Ku menang...
Kadangkala........
Itulah lumrah kehidupan.............................

Setiap kehidupan harus ditempuhi
walaupun perkara salah dilakukan
semoga mendapat pengajaran darinya

Akan kubulatkan tekadku
Agar menjadi kekasih MU..
Amin...



Wednesday, March 23, 2011

Kursus MBM di IPG kgu

23-25/3/2011.. kami belajar buat movie maker then masuk dalam power point memang seronok. Thanks God.. coz saya terpilih mengikuti kursus ini.

Thanks tu asmarianie dan suaminya kerana sudi menumpangkan diri ini. Aku doakan semoga kalian bahagia di dunia dan akhirat . Insya Allah. Amin2

Terjumpa lagi..

Kini sudah 4 kali aku terjumpa dengan seseorang. Pertama sewaktu di bank cimb, kedua sewaktu di kompleks, ketiga di kedai dan yang keempat di ipg. Huh.. entah apalah alamatnya ni. Jodoh.. entahlah.. hanya Allah SWT yang tahu.

Namanya pun aku tak tahu, yang ku tahu.. maybe dia kerja kat ipg. Rasa-rasanya dia bukan muslim, syukurlah. Hati ini lega sikit mendengarnya. Apapun, semoga Allah SWT sentiasa memberi kekuatan kepada ku untuk menghadapi setiap ujian dalam hidup ini.

Tuesday, March 22, 2011

hari ini

Hari ini
Ku kuatkan azam
Ku kuatkan semangat
Meniti hari yang dikurniakan Ilahi

Hari ini
Ku ingin hidupku
Di redhai, di berkati
Dari Ilahi

Hari ini
Semoga ceria kan kulalui
Pada Ilahi ku mohon

Baiki akhlakmu

Pengajaran yang saya dapati pada hari ini, sempena mesyuarat PIBG tadi ada bapa murid yang menegur tentang kerja yang diberikan oleh guru terhadap murid terutamanya berkaitan dengan kerja rumah.

Terima Kasih atas teguran itu, kerana sememangnya manusia ini sering leka. Dengan itu saya akan perbaiki mutu kerja saya di dalam kelas. Insya Allah, murid yang dididik seharusnya difahami dengan mendalam dan perlu melihat kemampuan mereka untuk menyiapkan kerja yang diberikan.

Saya perlu mempunyai sikap yang optimis dan logik untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Pastikan tidak bersikap keakuan, namun perlu lembut dan humble kepada semua orang.

Saya akan cuba menjaga akhlak walau di mana berada. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa zahir dan batinku atas kesalahan yang tidak aku sedari ini.

rindunya pada akhwat..

Kenangan manis menjelma di ingatanku. Terkenang kembali detik-detik ukhwah sesama sahabat semasa di universiti dahulu. Terima kasih wahai Tuhan yang mempertemukan aku dengan mereka. Kak sada, ana, shida, zai, misz,laila, akma, lin, elly, hidayah, aini, syira, balkhis, wan, nurfazidah, marhani, asma, fatimah, zafirah, suhila, nai, dan sahabat-sahabat yang lain.

Menitis air mata ini, mengenangkan mereka semua. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada mereka walau berada di mana. Mereka mengajarku mengenal Allah SWT, dan MencintaiNYA. Terima kasih wahai sahabatku semua. Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah SWT, yang dapat membalasnya.

Semasa di U, kami sentiasa bersama-sama menimba ilmu. Susah senang dihadapi bersama. Suatu ketika, ada sahabatku yang turut menangis mendengar masalahku. Hingga kini, aku takkan pernah melupakannya. Terima kasih wahai sahabatku.

Benarlah kata sahabatku, bila mendampingi dengan rakan-rakan yang baik, kita akan menjadi orang baik, sentiasa bersemangat, dan dapat banyak ilmu. Kini, sahabatku punya haluan masing-masing. Ada juga yang sudah berkeluarga. Semoga mereka bahagia di dunia dan akhirat.

Insya Allah, semoga aku dapat berjumpa dengan mereka semula dan dapat menyumbangkan tenaga untuk membantu agama Allah SWT. Amin..

Saturday, March 19, 2011

Terima Kasih Tuhan

Berulang kali ku nodai hati ini,
Berjuta kali jugalah ku memohon ampun dariMU,

Namun..
ENGKAU.. tetap setia,
Menemani diriku,
Memberi hidayah,
Memberi petunjuk,

Pada hambamu yang hina ini,
Tidak sedikitpun ENGKAU marah padaku,
Malahan masih menutup aibku,
Memberiku rezeki melimpah,

ENGKAU MAHA PENYAYANG,
ENGKAU MAHA PENGASIH,
YA ALLAH....

Terima kasih ya Allah
atas segala nikmat yang KAU berikan padaku.

semoga aku sentiasa menjadi hambamu yang selalu bersyukur.
Insya Allah.. Amin

Cinta ku?

Ungkapkan cinta terlalu suci untuk dilafaz, hanya insan yang berani, punya keyakinan , dan menghayati kalimah itu dapat membuktikannya. Bagiku, cinta itu terlalu luas.
Sudah banyak kali aku jatuh cinta, namun ku pendamkan segalanya ^_^.

Biarkan semua itu, semoga semua apa yang aku lalui dapat menjadi pengajaran dalam hidup ini. Ku yakin dengan kata ibuku, jodohku kan tiba juga bila tiba waktunya. Ku tetap sabar menanti. Insya Allah.

Sementara menunggu jodohku,, ku pastikan agar dapat menyiapkan diri segala ilmu. Insya Allah.
Ya Allah, berilah kelapangan dan ketenangan hati ini untuk melupakan insan-insan yang pernah singgah di hati ini. Jauhkanlah bayangkan mereka dalam mindaku. Ya Allah kepadamu jualah aku berharap. Ya Allah.... tenangkanlah kehidupan ku sekarang. Berilah aku hidayah untuk menghargai kedua orang tuaku, keluargaku, sahabat-sahabatku, nikmat sihat dan iman yang Engkau berikan padaku.

Ya Allah, jauhkanlah aku dari gangguan manusia yang tidak aku senangi, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya engkau Maha mengetahui. Ya Allah, aku memohon CintaMU dan Cinta Orang-Orang yang mencintaiMU...Amin

Egokah?

pop... kuar ym dari kawan lama, time ku mencheck email. ? Dib dap..jantungku berdegup kencang, memang telah lama ku tunggu berita dan khabar darinya selama ini. Namun,ku pendamkan segalanya.

Kau muncul bukan masa yang sesuai, ku pohonkan kemaafan kerana tak bisa berbicara denganmu, walaupun ku punya banyak persoalan dan khabar yang ingin ditanya. Ku ketepikan semua itu demi menjaga hatiku agar tak terlajak jauh dengan mu.

Ku ingin teguhkan, kukuhkan cintaKU pada NYA agar mendapat keberkatan dariNYA atas setiap tindakan ku dalam hidup ini. Andai ada Jodoh antara kita, percayalah.... itu semua Kuasa DariNYA.
Tak usah kau berharap padaku yang tak punya apa-apa,namun berharaplah PadaNYA, yang Maha Kuasa Segalanya. Semoga perhubungan yang kau jalinkan atas sesiapa yang kau pilih akan diberkati dan diredhai olehNYA. Insya Allah.....

Wednesday, March 16, 2011

keta..............

Happy... happy... happy............... coz, today i will go to pandu keta... ^_^.
Good luck .. IFFAH NAJIHAH... YOU CAN DO IT.
Ingat pesan nenek.................... KUATKAN SEMANGAT TOK BELAJA............. Insya Allah.
THANK YOU......... ALLAH. ^_^

zA I ... MY good Sahabat...

I'm happy today.. coz.. Zai..send me message. I'm so happy.. that she give me Kekuatan and motivation to new life............................... It's All ... Thanks Allah............ :)

Terima Kasih Allah...

Apakah yang paling BESAR di dunia ini? N A F S U... itulah jawapannya. Wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal, lelaki mempunyai 9 akal satu nafsu.

Begitulah wanita ini, banyak ujian yang mesti ditempuhi. Aku? masih lagi memohon supaya sentiasa ada kekuatan untuk menghadapi hidup ini.

Seringkali aku melakukan kesalahan, begitulah juga aku menyesalinya. Allahlah yang MAHA MELIHAT, MAHA MENGETAHUINYA.

Cinta Allah kepadaku sentiasa 100% dan tak akan lenyap. Aku cinta % ?. Kejamnya aku ini, jahatnya aku ini, selalu melupakan Allah. Sedangkan DIA sentiasa ada di sisi setiap masa, siang malam,yang menjaga tubuh ini. Namun...aku bagaimana? Kenapa tidak, kadang2 tidak punya cinta padanya. Malahan selalu melupakanNYA.

ALLAH masih lagi melindungi dosa-dosa yang telah aku lakukan, yang aku sembunyikan pada pandangan manusia. Namun TUHAN, maha mengetahuinya. Aku ini lemah YA ALLAH, Tak punya Kuasa, SekuatMU, yang tak bisa buat apa2 melainkan izinMU. Ya Allah, Ampunkanlah hambamu ini yang penuh dengan dosa. Aku ingin kembali kepada MU dengan sesuci - sucinya supaya ENGKAU menyayangiku.

THANK YOU.. ALHAMDULILLAH, YA ALLAH. Atas segala nikmat yang engkau limpahkan padaku. Bantulah, bimbinglah,insafkanlah, tunjukkanlah, kuatkanlah hati ini YA ALLAH. Aku ingin mencintaimu sepenuh jiwa ku. Sehingga cintaku tak akan pandang yang lain.

THANK YOU ALLAH, THAT ALL GOOD YOU GIVE ME. SUBHANALLAH...WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLAHUWALLAHUAKBA.

17/03/2011

Friday, February 11, 2011

Bicara rasa hati

Hujung minggu aku habiskan masa memerap di rumah. Tiada apa2 aktiviti yang dilakukan. Belajar memandu? Aku masih lagi tertunggu-tunggu panggilan daripada tutorku. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Entahlah.. tak tahu apa nak kata tentang hidup ini. Sekejap diri sangat bersemangat, sekejap down pula. Kenapa ye. Sebabnya aku tidak istiqomah kot. Terasa kosong jiwa ini. Kosong segala - galanya. Mungkinkah ingin mencari teman atau mengharap seseorang. Tetapi entahlah, memang sukar sangat ditafsirkan perasaan ini.

Keluarga? Ya memang aku sangat sayangkan mereka. Buktinya.. ya memberi bantuan kewangan yang diperlukan oleh mereka. Entah apa lagi yang perlu aku lakukan agar hidupku sentiasa bersemanagat setiap hari untuk mengharungi kehidupan ini.

Rindu pada sahabat? Ya, salah satunya, aku rindukan memori lama semasa berukhwah dengan mereka, semangatku tak pernah pudar lantaran bersama - sama dengan mereka. Kini, mereka punya kehidupan masing - masing. Semoga mereka sentiasa bahagia dengan kehidupan sendiri.

Mengharap dan menunggu pada si Dia?
Entahlah kekadang terdetik juga, namun hati ini sukar dijangka sering berubah - ubah. Namun hakikatnya, itu realitinya. Tetapi apakan daya, segalanya aku serahkan keada yang Maha Esa.
Kini aku akan berusaha untuk melupakannya.

Iffah Najihah...... teruskan perjuangan dalam hidup mu. Hargai apa yang kau miliki sekarang, keluarga, kerjaya, kebebasan, kesempatan. Penuhilah hari - harimu dengan perkara yang bermanfaat. Bebaskan jiwamu dari perkara yang tak pasti. Semoga hari - hari yang kau lalui akan lebih bermakna. Tambahkanlah ilmu di dadamu, kelak kau pasti tersenyum puas dengan apa yang kau lakukan. Ciptalah kejayaan dalam dirimu. Masih banyak ilmu yang belum kau terokai, masih banyak tempat kau belum jelajahi, masih banyak tempat kau belum selami. Jangan hanya di tempat itu.... Bebaskanlah jiwa dan fkiranmu dari belenggu kemurungan, Insya Allah......................A m i n.

Saturday, February 5, 2011

Jerawat oh jerawat

Wah...bestnya andai wajah ini halus mulus tak ade benjol2 kat muka. Bila terlihatkan orang yang tak de cacat cela kat muka, hati ini mula merintih. Keyakinanku mula berkurang. Begitu besar pengaruh jerawat ini kepada ku.

Namun, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil terhadap hamba - hambanya. Bila aku terpandangkan orang yang lebih teruk jerawatnya daripada aku ataupun terdapat tanda lahir pada muka yang boleh mencacatkan rupa paras, aku sangat - sangat bersyukur kerana hanya sedikit sahaja jerawat yang terdapat pada muka berbanding dengan yang lain. Semoga hati ini akan selalu dan sentiasa bersyukur kepada Ilahi.

Insya Allah, semoga tahun ini 2011 aku dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik agar jerawat akan hilang pada muka. Aku juga akan cuba untuk membersihkan hati dan jiwa agar hati akan tenang selalu.

Redhalah Iffah, Syukurilah atas segala pemberian Tuhan kepadamu, sesungguhnya setiap insan yang diciptakan oleh Allah Swt terdapat kelebihan yang tersendiri.

Mesranya hubungan mereka

Hari ini aku pergi ke rumah jiran, ada kenduri 7 hari selepas kematian anaknya yang masih dalam kandungan. Semoga akak Hamalia tabah menghadapinya. Jiran sebelah rumah mengajakku pergi kenduri tersebut. Dari jauh layanan tuan rumah sungguh memuaskan. Ku lihat semua adik beradiknya datang ke rumah ibu mereka. Aduh, terdetik di hati ini cemburu akan kebahagian mereka. Kenapalah kita selalu melihat pelangi kat orang lain, tak pernah pun nampak pelangi kat diri sendiri. Sering sahaja menyemburui kebahagiaan orang lain, sedangkan bahagia itu apa pada diri dan keluarga masing - masing.

Luasnya, maksud kebahagiaan ini. Mudah-mudahan aku dapat dan selalu membahagiakan keluargaku, terutamanya kepada kedua orang tua. Aku ingin menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa prihatin terhadap keperluan keluarga. Aku ingin sentiasa mendoakan ibubapa. Aku ingin mengambil berat terhadap kesihatan mereka. Satu kisah yang ku baca tentang sepohon pokok epal dengan seorang anak. Insya Allah, saya akan membahagiakan kedua ibubapa dengan memberikan segala keperluan mereka.

Semoga aku akan sentiasa menghargai orang - orang di sekeliling kita. Insya Allah

Sahabat yang diingati selalu

Tahniah buat sahabat - sahabatku yang akan mendirikan rumahtangga. Aku tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka. Sekurang - kurangnya aku pernah bersua dan bersahabat dengan mereka. Aku doakan semoga sahabat - sahabatku bahagia di dunia dan akhirat.

Masih lagi teringat kenangan dahulu bersama- sama dengan mereka. Suka duka perjalanan hidup di alam kampus, aduh sungguh manisnya kenangan bersama- sama dengan mereka.

Aku bersyukur kerana dapat bersahabat dengan mereka dan mereka membawaku untuk mengenali Allah Swt dengan lebih dekat. Terima kasih wahai sahabatku kerana pernah memberi peluang dan sudi menasihatiku setiap masa. Sesungguhnya hanya Allahlah yang dapat membalas jasa kalian.

Walaupun kalian semua jauh di mata tetapi dekat di hati ini. Jika kita tidak dapat bersua lagi di dunia ini, semoga kita akan bersua di akhira kelak, Insya Allah.

Sunday, January 30, 2011

Life Plan 1

Salam semua.....mesti kawan-kawan semua ada perancangan dalam hidup kan? Mesti nak buat yang terbaik dalam hidup. Mesti nak hidup bahagia dunia akhirat tentunya... Apapun semoga kawan-kawan juga dapat merancang yang terbaik dalam hidup ini. Hmmmm...sekarang usia dah berapa ye! ...... tak pe.. teruskanlah membuat perancangan dalam hidup. Orang yang gagal merancang sebenarnya telah merancang untuk gagal.. so...jom kita rancang kehidupan kita dengan sebaiknya..

Bagi Iffah, sekarang ni dah 26 tahun. Usia yang sangat sesuai untuk berumahtangga.. hehe.. namun, jodoh belum jumpa. Jambatan yang Iffah lalui masih panjang lagi. Apapun Iffah serahkan segalanya pada Allah SWT sahaja. Biarlah Dia yang uruskan segalanya. Time ni,sebelum tiba saat bahagia itu, Iffah akan tingkatkan ilmu dalam dada terlebih dahulu agar keluarga yang dibina berkekalan dunia dan akhirat Insya Allah. Doakan Iffah ye, semoga mendapat jodoh yang terbaik. Iffah juga jodohkan sahabat semua.
Tahun 2011 ini, Iffah bertekad dan berdoa semoga Iffah dapat lesen P dan berani memandu. Insya Allah, semoga Iffah berani. Time ni masih tengah tunggu totur habiskan pelajar yang lain untuk mengajar memandu. Maybe terpaksa kena bayarlah tu lesen L jika tak dapat test JPJ dalam tempoh 3 bulan. Apapun semoga Allah memudahkan segala urusan.

Kewangan?... hmmm... Iffah tengah berusaha nak kumpul duit ni. Harap2 istiqomah. Payah juga nak menyimpan ni. Sahabat Iffah yang lain dah ada kereta pun.Syukurlah.. Iffah harap, agar dapat memiliki sebuah nanti. Tapi time ini,Iffah masih lagi tengah fikir nak yang macam mana. Harapan ibu dan ayah, nak keta yang besar. Tapi tengoklah dulu. Lagipun impian Iffah dahulu nak juga yang besar. Nampak kuat, namun bila tengok harganya boleh kecut perut juga. Insya Allah tahun depan Iffah pasti dapat memilikinya.

Lagi.. pasal keluarga bagaimana pula. Hmmmm... Iffah betul-betul mengharapkan agar dapat menjadi seorang anak yang soleh, Kakak yang bertanggungjawab dan dapat memberi sumbangan kepada keluarga. Setakat ini, hubungan Iffah dengan keluarga bolehlah tahan, Cuma kekadang adik dan abang seorang tu, perlu dinasihati lagi agar berubah sikap yang dapat menyenangkan hati keluarga, Oklah kawan - kawan, terima kasih kerana sudi membaca blong ini. Mulut Iffah dah menguap ni, mata pula dah berair menahan kantuk, lain masa nanti Iffah sambung lagi............

bicara hati

Hmmm... lama dah tak jenguk blog ni. Sorrylah hujung minggu je dapat balik so time tu je lah dapat line internet... Apapun hari ini jari menari hari ini, membisikan kata hati sekadar bicara semata.
Apa nak tulis yee..datanglah wahai ilham dalam diriku. Sudah beku ke otak ni. Alahai... cepat, cepat, datanglah idea. Kalau tak kosong je nanti blog ni. Ok . ok. dah dapai idea ni.. nak tema apa yek.. Cinta ke, keluarga ke, Persahabatan ke, Pekerjaan ke.. apa?..Hmmmmm.... tentang iman mu macam mana boleh?...

Iman.. oh iman.. di mana kah engkau menghilang selama ini? Adakah kau benci pada diriku, lalu tak sudi mendekati diriku lagi. Atau aku telah menyakitkan hatimu lalu kau jauh meninggalkan diriku. Oh Iman.. Iman, kembalilah padaku. Aku resah tanpamu. Tolonglah aku iman. Aku tak kuasa menentang musuh - musuh yang datang menganggu ku. Aku tak kuat tanpamu iman. Iman... oh iman..di manakah kau berada.
Adakah kau tak menyayangi diriku lagi. Kembalilah padaku iman, Aku inging jadi seperti dahulu yang sentiasa bermesra denganmu. Siang malam memadu asmara denganmu, lantas melupakan kenikmatan yang lain. Hanya engkau ya Iman, yang dapat membantu diriku untuk menentang musuh - musuh yang datang padaku.
Adakah engkau dengar ya Iman. Kembalilah padaku ya Iman. Aku akan terus menunggumu wahai iman. Semoga engkau datang padaku.................................Insya Allah.

Saturday, January 8, 2011

Alahai si cemburu ini...

cemburu... dengki? Sama ke maksudnya.... mana yang kejam....
eh,,tak baik benda ni hadir dalam diri. Namun, entah kenapa datang tetiba je. Tak beri isyarat pun... mata memandang, hati mentafsir lalu cemburu pun datang bertandang dalam diri. Syaitan bersukaria kegembiraan...

Sebut pasal cemburu ni,, memang banyak sangat yang aku cemburu kat orang lain. Tak habis benda ni jika di taip satu - satu. Apa yang penting semoga cemburu yang datang dalam diri ini adalah cemburu positif yang dapat memangkin kecemerlangan hidup kita. Dapat bermuhasabah diri untuk memperbaiki diri kita. Insya Allah.

Selamat tinggal 2010

Salam semua....
Apa khabar anda semua, moga- moga sentiasa dalam keadaan sihat walafiat. Semoga sentiasa diberi kesihatan hendaknya.

Tahun 2010 telah kita tinggalkan. Banyak kenangan manis pahit yang telah dilalui. Semoga apa yang telah berlaku pada tahun tersebut dapat kita jadikan iktibar. 2010.. paling aku syukuri dan gembira kerana aku telah berjaya melaksanakan impian yang memang aku ingin laksanakan. Syukur akhirnya terlaksana juga akhirnya. Thanks Allah.

2010 juga, pertama kali aku posting, maka bermulalah episod dalam hidupku untuk berkerja sebagai seorang guru. Syukur Alhamdulillah, kerana akhirnya tercapai juga cita-citaku ini sejak dari kecil walaupun aku bukan belajar pendidikan semasa di universiti dahulu.

Kini, aku bedoa agar aku dapat menjalani hidup ini dengan sebaiknya. Doakan aku ya,, sahabat semua semoga kita semua sentiasa diberi kesempatan dalam hidup ini agar dapat memberi manfaat pada orang lain.