Tuesday, May 25, 2010

Project base learning (PBL)

Sudah 3 hari kami menjalani kursus pedagogi pedalaman. Antara tajuk yang telah kami pelajari adalah pengenalan mengenai kanak-kanak pedalaman, dan kelas bercantum. Pada hari ini pula, kami belajar mengenai pembelajaran berasaskan projek atau PBL.

PBL merupakan salah satu alternatif lain yang digunakan untuk proses pembelajaran murid-murid. PBL memberi pengalaman kepada murid secara hands-on melalui aktiviti seperti lawatan lapangan, eksperimen,penghasilan model,penghasilan poster, dan sebagainya. PBL juga mestilah bersifat asli/ autentik.

Refleksi yang saya perolehi di sini adalah guru perlu memikirkan cara yang terbaik untuk menghasilkan suatu projek kepada murid. Pelbagai faktor yang perlu di ambil kira seperti aras pengetahuan murid, kesesuaian dan alat dan bahan yang perlu digunakan.

Sahabatku..

Tak usah kita bersengketa
Luahkan sahaja amarahmu
Di tempat yang betul
Jangan di simpan di dalam hati
Kelak badan jadi binasa.

Ampun dan maaf dipinta
Andai selalu menguris hatimu
Tidak ku sedar
Jika dirimu berdiam diri

Ayuh sahabat-sahabatku
Kita berganding tangan
Berpimpin tangan
Bersama-sama

Hapus segala sengketa
Eratkan kembali jalinan ukhwah
Suburkan kembali kasih sayang
Buang yang keruh
Ambil yang jernih


Ku harap kamu mengerti
Kerana kamulah sahabatku dunia akhirat
Tiada yang lain
Akan ku kenang setiap masa

Terima kasih segalanya
Kerana menjadi Sahabatku yang sejati

(Dedikasi buat Fatimah, yon, yan, tini)

Sabarlah wahai sahabat-sahabatku..

Penat lelah kita, susah payah kita di sini menuntut ilmu pasti terbayar juga akhirnya. Semoga kita semua sentiasa diberi kekuatan untuk menempuh segala cabaran yang datang.Tanamkan kesabaran dalam diri, semaikanlah rasa cinta terhadap ilmu, kerana dengan ilmulah sahaja bekalan dan senjata kita untuk dibawa nanti.

Masa kan terus berlalu meninggalkan segala kenangan di sini, namun ilmu yang diperolehi akan dibawa bersama. Semoga kita semua dapat memanfaatkannya. Terima kasih wahai para pensyarah yang tercinta yang sentiasa gigih memberi kami ilmu. Jasamu akan kami kenang selalu. ^_^

Monday, May 3, 2010

First time jemaah sesama kawan.

Syukur Alhamdulillah, malam ini, aku dan kawan-kawanku diberi kekuatan untuk menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjemaah. Semoga kami sentiasa diberi kekuatan untuk tetap istiqomah dalam menunaikan solat. Amin ya rabbal alamin..