Saturday, August 13, 2011

Ya Allah, Engkaulah empunya CINTA ini

Peritnya merindui seseorang tatkala cinta bersemi dijiwa. Namun ku tak tahu adakah dia jodohku. Cinta memang indah, menceriakan hati, membina impian bersama.Namun siapa aku untuk merialisasikannya. Aku bukanlah empunya hakiki cinta ini. Melayari bahtera cinta tanpa ikatan hanya mengundang murka Ilahi. Lantas ku tutup hati ini, ku pagari dengan iman agar terpelihara. Kekadang ku tak mampu menjaganya. Ingin sahaja keluar dari pagar iman. Akan ku cuba memelihara hati ini dengan sebaiknya. Insya Allah. Diakah jodohku atau sekadar singgah menyapa yang memberi bekas di hati. Ku yakin andai dia.. Insya Allah, Tuhan akan satukan andai dia. Wahai hati bersabarlah, berdoalah,bersyukurlah kerana diberi nikmat cinta ini. Peliharalah, jangan kau hambur-hamburlah segala rasamu itu pada si dia. Luahkanlah segalanya pada pemilik cinta Hakiki. Kerana bukan dia yang menentukan segalanya. Ya Allah, berilah kekuatan hati kepadaku untuk terus istiqomah dijalan Mu. Kau pertemukanlah jodohku pada masa yang sesuai, kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui segalanya. Andai dia bukan jodohku, Engkau redhakanlah hati ini dan gantikanlah yang terbaik buatku. Amin..Amin..Amin ya rabbal alamin.