Wednesday, December 30, 2009

Alhamdulillah


Alhamdulillah
Syukur kepada Allah S.W.T
Atas segala nikmatNya
Tak terhitung
Tak terbalas

Alhamdulilah
Masih diberi kesempatan
Menghirup udara
Melihat alam
Menikmati dunia

Alhamdulillah
Yang sentiasa
Menyedarkanku
Walau seringkali terleka
Dibawa arus dunia

Alhamdulillah
Yang Amat Penyayang
Terhadap hamba-hambanya
Maha Pengampun segala dosa
Moga cintaku padaMu
Tak kan lenyap
Sepanjang zaman..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah
Tuhan sekalian alam
Atas segala limpah kurnianya yang tidak terhingga
Memberikan aku nikmat yang tidak terhitung
Semoga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur

Monday, December 28, 2009

Puisi Pandangan Mata Hati

Terlalu banyak pandangan di dunia ini
Pandangan akal
pandangan nafsu
namun,
Pandangan mata hati itulah yang hakiki
Tersirna segala hijab
menambahkan kesyukuran dalam diri
meningkatkan keimanan dalam diri
menjadi hamba yang bersyukur

Pandangan akal selalu menipu
Membuat fikiran sering keliru
Pandangan nafsu sangat mempersona
membuat hati sering tergoda

Ayuh bersihkan pandangan mata hati ini
Biar menjadi pandangan yang jelas setiap langkah
Biar jalan terang - benderang
Membawa cahaya gilang - gemilang

Taska Medix


Inilah Taska Medix yang pernah aku diami dahulu sementara mencari peluang pekerjaan yang lain. Riangnya hatiku apabila panggilan telefon berbunyi. Pengurus taska ini memberi tawaran kepadaku untuk bekerja di sini.

Sepanjang berada di sini selama 8 bulan, banyak pengalaman yang telah ku pelajari. Walaupun gajinya cukup makan,namun aku bersyukur atas segala kemudahan yang disediakan. Tambahan pula kediaman dan makan minum aku tidak perlu risaukan.





Kami menyambut hari jadi Cik Ummie dan Kak ilah di Tanjung Aru. Kak Wati , Kak Nurul, Kak Irni, Kak Sue, Lin, turut datang
ke majlis ini. Walaupun ringkas, namun dalam suasana yang meriah.

Kak Wati yang sememangnya pandai memasak, sempat menyediakan nasi lemak speacial. Anak - anak buah Kak Irni sangat seronok bermain dengan air laut, sehinggakan tidak terasa terik matahari. Tanjung Aru adalah tempat perkelahan yang cantik dan ramai orang yang datang ke sini.


Pengalaman di sini sungguh bererti buat diriku. Terima kasih buat Pengurus taska ini di atas segala jasa
baik yang diberikan. Buat teman - teman sekerja juga. Good Luck to you all.

Saturday, December 26, 2009

10 HAK KITA

Sebelum Imam syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut " Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara"

1. HAK KEPADA DIRI
Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada - pada pada rezeki yang ada.


2. HAK KEPADA MALAIKAT MAUT
Mengqada kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan daripada orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati, merasa cinta kepada Allah S.W.T.

3. HAK KEPADA KUBUR
Membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajud dan membantu orang yang dizalimi.

4. HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR
Tidak berdusta, sentiasa berkata benar, meninggalkan maksiat, dan nasihat-menasihati


5. HAK KEPADA MIZAN ( Neraca timbangan amal pada hari akhirat )
Menahan kemarahan, banyak berzikir, mangikhlaskan amalan, dan sanggup menanggung kesusahan.


6. HAK KEPADA SIRAT ( Titian yang merentangi neraka pada hari akhirat )
Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


7. HAK KEPADA MALIK (Malaikat penjaga neraka )
Menangis lantaran takutkan Allah S.W.T, berbuat baik kepada ibubapa, bersedekah secara terang-terangan atau tersembunyi dan memperbaiki akhlak.

8. HAK KEPADA RIDHWAN ( Malaikat penjaga syurga )
Berasa redha dengan Qada Allah S.W.T, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah S.W.T dan bertaubat dari melakukan maksiat.


9. HAK KEPADA NABI MUHAMMAD S.A.W
Berselawat ke atas Baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah ( Hadis ), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

10. HAK KEPADA ALLAH S.W.T.
Mengajak manusia ka arah kebaikan,mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Friday, December 25, 2009

Bersyukurlah

Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah. Itulah antara bait-bait nasyid Raihan,mengajak kita semua agar sentiasa bersyukur apa yang kita miliki sekarang. Ucapan syukur bukan hanya di bibir sahaja,malahan syukur dapat dibuktikan melalui tingkah laku yang ditunjukkan.

Thursday, December 24, 2009

Hijjaz - Debu - debu dosa

Tips Mengubah Diri


'' Contoh teladan dan tindakan seorang adalah lebih berkesan daripada syarahan seribu orang dalam merubah seseorang"

“Kejayaan akan dicapai dalam apapun bidang apabila seseorang itu dapat memahami, mengikuti dan mencontohi minda, emosi dan tindakan orang yang telah berjaya” Anthony Robin
“Apabila tersebarnya akhlak imaniah, jiwa-jiwa yang bersih, warak dan sentiasa beristighfar dalam sesuatu generasi bererti kejayaan Islam sudah hampir” Muhammad al-Rasyid
“Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” Mustafa Masyhur
“Tidak ada ertinya berjalan beribu batu untuk membuat perubahan, tetapi pisahkan dirimu daripada kongkongan hawa nafsu walau selangkah akan tercapailah maksudmu” Al-Awaiq.

Perubahan sebenar dalam diri manusia ialah perubahan sikap.
Sikap adalah tingkahlaku manusia di dalam kehidupan ini yang membentuk watak diri seseorang.
Contoh sikap yang positif ialah:
1. Berdisiplin 2. Bertanggungjawab. 3. Berdayausaha. 4. Beristiqamah 5. Menguasai diri ( nafsu/perasaan) 6. Proaktif 7. Kreatif 8. Inovati 9. Berani 10. Benar.
Untuk mengubah sikap memerlukan beberapa langkah:
Sedar Sebelum Berubah (SSB)
Imam Ibnu Qayyim menamakan peringkat ini sebagai al-Yaqzah (kesedaran). Kesedaran terhadap kelalaian diri daripada menunaikan hak-hak Allah melahirkan perasaan al-Khauf (takutkan Allah). Perasaan ini menimbulkan keinsafan dan kemahuan untuk berubah.
Lantaran itu langkah pertama ialah ilmu dan kefahaman yang membuahkan keinsafan.
1. Mengetahui apalah sikap yang hendak diubah.
2. Menyedari dan mengisafi kenapa perlu mengubah sikap tersebut.
Langkah kedua, Melukiskan plan perubahan diri
Langkah ketiga, Berusaha mengubah dengan membuat latihan amali.
Langkah keempat, Hidup dalam persekitaran yang positif.

Contoh teladan dan dorongan luaran boleh membantu perubahan.
Al-quran mengguakan kaedah cerita dan kisah-kisah dalam menonjolkan sikap-sikap positif yang boleh dicontahi dan sikap-sikap negatif yang perlu dijauhi. Rasulullah s.a.w menjadi contoh kepada para sahabat dan generasi salaf menjadi contoh kepada generasi masa kini. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh dan syuhada’ kepada orang-orang bukan Islam.
Melalui kisah-kisah ini kita dapat memahami sikap yang betul, kepentingan dan kesannya dan akibat negatif jika kita tidak memilki sikap tersebut disamping membantu minda kita memahami dan menggambarkan sikap tersebut untuk dicontohi.
Kisah nabi Sulaiman yang bersyukur dan Firaun yang takabbur adalah dua kisah yang berbeza yang diceritakan oleh al-Quran.
Penulis Barat seperti Anthony Robin memahami sunnah kejayaan dengan hanya mengkaji sejarah kejayaan orang-orang yang berjaya dan mencontohi mereka. Oleh kerana sikap manusia adalah kombinasi pemikiran dan kefahahaman, emosi dan amalan yang membentuk kejayaan seseorang maka sesorang yang ingin berjaya perlu memiliki sikap seorang yang berjaya.


Generasi sahabat merupakan generasi yang berjaya merubah sikap dan tamaddun ummah, maka umat hari ini juga boleh mencapai tahap kegemilangan silam jika mereka juga memiliki sikap dan amal seperti generasi silam.
Sikap Muslim Yang Diperlukan Masa Ini.
Iman al Syahid Hassan al Banna menyimpulkan terdapat 10 ciri asas keperibadian Muslim yang perlu diwujudkan bagi menjadikan mereka bergerak dan beramal untuk Islam.
1. Tubuh badan yang sihat dan kuat.
2. Aqidah yang sejahtera
3. Ibadah yang betul
4. Budi perkerti yang mantap.
5. Akal yang berilmu.
6. Kehidupan yang tersusun
7. Memelihara masa
8. Bermujahadah melawan nafsu.
9. Mampu berusaha
10. Bermanfaat kepada orang lain.
Keempat-empat langkah merubah sikap disimpulkan dalam jamaah Ikhwan Muslimin sebagai proses Tarbiyyah.
Wallahu’alam.
Dipetik dari

http://www.iumelaka.com/v1/2009/04/28/tips-mengubah-diri/