Wednesday, March 31, 2010

Cinta oh cinta..

Syukur Alhamdulillah kerana aku terbaca artikel berkenaan dengan cinta. Cinta pada bunga,bunga akan layu,cinta pada manusia, manusia akan mati,namun cinta pada Allah, itulah cinta yang sejati dan akan kekal untuk selama-lamanya. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku zahir dan batin kerana melakukan zina hati. Mungkin aku telah banyak melakukan dosa lantaran membuatkan diri ini terlalu berat untuk melaksanakan perintah Allah SWT. Ya Allah, janganlah dipesongkan hati ini setelah mendapat petunjuk daripadaMu.Hindarilah aku daripada perkara yang sia-sia. Bersihkanlah hati ini dari segala kemaksiatan. Amin ya rabbal alamin.

Friday, March 19, 2010

Ampunkanlah dosaku

Ya ALLAH
Jangan biarkan aku terus terleka
Di pentas lakonan ini
Berilah peringatan kepadaku
Dalam setiap tindakan yang aku lakukan
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha
Mengetahui..
Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah
Zahir dan batin
Amin ya rabbal
Alamin.

Dengarlah kata yang lebih berilmu..

Melihatkan situasi kini,semakin menjadi-jadi pelbagai skim cepat kaya yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Pasarannya tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Malahan media massa meliputi akhbar, dan internet menjadi sasaran. Orang yang menghadapi masalah kewangan pasti terpengaruh dan tanpa berfikir baik buruk dan hukumnya dalam Islam mengenai program seumpama ini.

Banyak pihak yang boleh dirujuk sebelum mengikuti program ini. Terpulang pada individu tersebut untuk menilai pandangan-pandangan tersebut. Kata siapalah yang perlu diikuti bagi kita umat Islam kalau bukan pada orang-orang yang lebih berilmu. Tambahan pula mereka lebih arif mengenai tafsir Al-quran. Moga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk kepada mereka. Amin ya Rabbal alamin...

Keluarga bahagia terpancar auranya...

Keluarga bahagia pasti menjadi idaman setiap insan. Siapa yang tidak inginkan keluarga yang bahagia, namun untuk merialisasikanya bukan mudah, perlu ada pengorbanan kedua belah pihak. Memerlukan komitmen yang tinggi dari kedua belah pihak. Menyentuh perkara ini, saya sangat kagum dengan pasangan suami isteri yang sangat bahagia.Melihatkan perjuangan mereka yang terlalu besar demi menegakkan Islam, terasa diri ini belum bertindak apa apa lagi untuk membantu agama Allah SWT. Suami menyelesaikan pelbagai persoalan dan Isteri pula menjadi tenaga pengajar. SubhanaAllah atas kekuatan yang diberikanNya kepada mereka. Semoga Allah SWT sentiasa memberi keberkatan kepada mereka dan sentiasa dalam rahmatNya. Amin ya rabbal alamin.

Wednesday, March 17, 2010

Ziarah orang sakit

Sabda Rasulullah S.A.W
Ziarahilah orang sakit, berilah makan pada orang lapar dan lepaskan tawanan Islam daripada tangan orang kafir.   ( Riwayat Bukhari)


Hak kewajipan seorang muslim ke atas saudaranya yang muslim ada lima
1. Menjawab salam
2. Menziarahinya apabila sakit
3. Menghantar jenazah ke kubur
4. Menerima jemputan jamuan
5. Menjawab dengan yarhamkallohu apabila bersin

Orang yang menziarahi itu tidak digalakkan duduk terlalu lama di sisi orang sakit dan sebaik-baiknya sekadar memberi nasihat supaya bersabar atas qada Allah SWT supaya dapat pahala.

Orang sakit



Setiap manusia pasti menemui ajalnya. Kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan yang kekal adalah negeri akhirat.

Rasulullah  SAW bersabda
Jadikanlah di dunia ini seolah-olah orang dagang atau orang yang laluan jalan.
( Riwayat Bukhari )

Mati pasti berlaku dan tiada siapa pun yang mengetahui waktunya kecuali Allah SWT.

Di mana sahaja kamu berada mati pasti menemuimu sekalipun kamu berada di dalamkubu yang kukuh.  (An-Nisa : 78 )


Tiap-tiap yang bernafas akan merasai mati, Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.   ( Al-Imran : 185 )

Kuatkan aku

Ya Allah
Berilah aku kekuatan setiap detik
Dalam mentadbir hati ini
Jangan Engkau kurangkan cintaku padaMu

Moga setiap apa yang kulalui
Dapat menguatkan keimanan dan ketakwaan ini padaMu
Jangan Engkau hanyutkan aku dengan arus dunia
Pertemukanlah aku dengan orang yang menyintaiMu

Biar jelas hidup didunia ini
Bukan nafsu semata-mata
Yang dapat menjaga diri ini
Menjadi pembimbing dunia akhirat
Bersama-sama mengapai redhaMu
Amin ya rabbal alamin.....

Monday, March 15, 2010

Biarkan..

Malulah pada dirimu
Tak usah terhegeh2 pada yang tak sudi
Hanya membazir masa dan tenaga

Biarkan dirinya dengan dunianya
Tak usah di ganggu
Andai ada jodoh di antara kamu
Takkan ke mana
Yakinlah padaNya
Minta dan berharap hanya  padaNya

Perbaiki dirimu
Persiapkan dirimu
Bina keyakinan
Bina ketakwaan
Moga tiap detik
Imanmu semakin bertambah..

Biarkan segalanya
Janji Allah pastilah benar...

EMPAT BELAS MAC

Tarikh penting dalam hidupku, adalah hari jadiku. Kini genaplah umurku 25 tahun. Subahanallah,cepatnya masa berlalu. Tanpaku sedari sudah di pertengahan usia rupanya diriku ini. Namun sedihnya, amalku tak pernah bertambah. Kedekatanku terhadap Allah juga semakin jauh. Aku sudah tidak melakukan amalan-amalan yang biasa ku lakukan menyebabkan ku rasakan diriku semakin jauh dariNya. Mungkinkah aku sibuk dengan tugas harian menyebabkan aku semakin malas untuk melakukan semua itu. Namun sebenarnya, itu bukanlah alasan yang releven untuk ku persoalan. Jawapannya adalah dalam diriku sendiri.

Satu perasaan yang tidak patut aku sedihkan atau kisahkan adalah sempena hari jadiku ini. Aku sememangnya tidak menyambut hari jadiku ini. Apalagi dengan tiupan lilin dan kek. Namun entah mengapa, tidak ada seorang kawanku pun yang mengucapkan selamat hari jadiku ini. Mungkinkah mereka lupa Padahal, aku sentiasa ingat dan akan wish apabila tiba hari jadi mereka. Wah, begitu sensitifnya hatiku ini. Perkara kecil pun dah nak sedih. Sakit dan peritnya hatiku apabila perkara ini terjadi. Namun akan ku cuba redha untuk menerima segalanya. Lagipun, perkara dah berlalu, tak baik dikenang-kenang.

Ada hikmah semua yang terjadi. Biarlah menjadi pengajaran buat diriku sendiri agar jangan terlalu mengharap pada orang lain. Hari jadi, biarlah diraikan dengan kesyukuran pada yang Esa kerana masih memberi nikmat usia dalam dunia ini. Sememangnya manusia itu bersifat lemah dan mudah lupa. Aku harus maju ke depan untuk mencipta kemajuan dalam diri. Aku akan teruskan langkah dalam kehidupan ini. Biarkan sahaja apa yang orang lain buat namun, aku akan pastikan melakukan yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. Sengaja ku tulis dalam blog ini agar dapat menghilangkan segala perasaan yang tak enak dalam diriku. Biar hilang semua sifat negetif dalam diri ini. Buat teman-teman yang mungkin terbaca atau ternampak coretan ini, ampun maaf dipinta atas segala salah silap. Tiada niat untuk menyakitkan hati, menunjuk salah, namun hanya luahan hati semata-mata. Kamu semua adalah sahabat terbaik buatku. Susah senang diharungi bersama, melayari hidup ini dan yang penting perjuangan kita untuk menjadi seorang pendidik. Insya Allah.

Tahun 2010, umurku 25 tahun, akan kucuba mencapai impian yang ingin ku capai. Moga aku diberi kekuatan untuk menempuhnya. Moga tiap ujian yang diberikanNya dapat kulalui dengan tabah, sabar, doa, dan redha. Amin ya rabbal alamin.


Contohi akhlak Rasulullah SAW

Biarkanlah mereka
Jangan ikuti cara mereka
Balaslah yang lebih baik
Dari apa yang mereka berikan

Tak usah mengharap
Daripada mereka
Contohilah akhlak
Rasulullah SAW
Sentiasa meleparkan senyuman
Berkata baik
Walau dengan musuh yang jahat

Kata-kata nista
Dibalas dengan akhlak mulia
Sentiasa mendoakan keampunan musuhnya
Semoga diri ini dapat mencontohi akhlaknya
Amin ya rabbal alamin..

Sunday, March 14, 2010

Sadding

Sedih di hati ku tiada siapa yang tahu..
Kecewa di hatiku tiada siapa yang peduli..
Pilu di hatiku tiada siapa pun yang kisah..
Walau ramai kawan di sekeliling
Tiada siapa yang kisah.

Hari jadiku
Tiada siapa yang ucap
Walaupun hari jadi mereka ku ingat dan ku ucap selalu..
Mungkinkah mereka terlupa..
Ya Allah, sungguh sedihhhh hatiku..
Ku rasakan, kawan tak ada ertinya...
Mereka bagaikan hanya suka kesenangan semata..

Pada tempat siapakah aku meluah rasa hatiku ini..
Hanya padaMu ya Allah..
Yang tidak pernah melupakan hambanya..
Akan ku kuatkan semangatku untuk mengharungi hidup ini
Kerana ku tahu,hanya Engkau yang Maha Mengerti perasaan ini,

Tak akan ku berharap pada yang lain,
Selain dariMu..
Ya Allah.. Ya Tuhanku
Binalah kembali semangatku ini..
Janganlah engkau lemahkan semangatku
Kuatkanlah keimanan dan ketakwaanku kepadaMu
Dalam melayari hidup ini.
Ku doakan semoga sahabat-sahabatku sekalian
Hidup dalam bahagia dengan keredhaanMu
Moga mereka tak akan merasai apa yang aku alami..
Betapa sakitnya rasa tidak dihargai....

Amin ya Rabbal Alamin..

Monday, March 8, 2010

cikgu sayang kamu

murid-muridku...
langkah perjalananmu masih jauh..
Masih banyak yang perlu kamu pelajari..
Masih banyak yang perlu kamu ketahui..
Masih banyak yang perlu kamu kenali..
Masih terlalu banyak yang perlu kamu dapatkan..

Murid-muridku..
Cikgu hanya dapat memberi kata-kata nasihat,dorongan,dan motivasi kepada kamu..
Kerana sesungguhnya..
Semuanya kamu yang kena bertindak..

Murid-muridku...
Cikgu sayang kamu..
kerana itulah cikgu berleter, dan kerapkali memarahi untuk kamu..
Kerana sesungguhnya cikgu  harapkan kamu menjadi insan yang berjaya
Dunia dan akhirat...

Buat kelas 4 Mahameru, 4 Saujana, 4 Samudera, dan 4 Kinabalu..

Tuesday, March 2, 2010

Setiap kesusahan pasti ada kesenangan

Hatiku benar-benar gembira apabila aku memperolehi semula laptopku setelah berpisah lebih dari sebulan kerana baterinya tidak dapat dikesan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan senang hatiku tatkala menerima laptop ini. Printerku pula akan ku minta dari tempat kawanku yang juga mengalami masalah, ink hitam tidak kuar-kuar. Hari ini aku amat gembira juga kerana aku sudah mempunyai printer yang boleh mengscan dokument. Aku berusaha bersungguh-sungguh untuk menginstall sofware printer tersebut.

Malangnya,hampir  1 jam setengah saya menginstallnya, namun tidak berjaya. Betapa peritnya rasa hati yang aku lalui... Mujurlah setelah mencuba dan terus mencuba aku mendownload di internet akhirnya dapat. Rupa-rupanya ada hikmah di sebalik kejadian, Allah Swt menguji keasabarkan kita di dalam hidup ini. Syukur Alhamdulillah atas segla  nikmat kurnianya.