Tuesday, March 22, 2011

rindunya pada akhwat..

Kenangan manis menjelma di ingatanku. Terkenang kembali detik-detik ukhwah sesama sahabat semasa di universiti dahulu. Terima kasih wahai Tuhan yang mempertemukan aku dengan mereka. Kak sada, ana, shida, zai, misz,laila, akma, lin, elly, hidayah, aini, syira, balkhis, wan, nurfazidah, marhani, asma, fatimah, zafirah, suhila, nai, dan sahabat-sahabat yang lain.

Menitis air mata ini, mengenangkan mereka semua. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada mereka walau berada di mana. Mereka mengajarku mengenal Allah SWT, dan MencintaiNYA. Terima kasih wahai sahabatku semua. Sesungguhnya jasa kalian hanya Allah SWT, yang dapat membalasnya.

Semasa di U, kami sentiasa bersama-sama menimba ilmu. Susah senang dihadapi bersama. Suatu ketika, ada sahabatku yang turut menangis mendengar masalahku. Hingga kini, aku takkan pernah melupakannya. Terima kasih wahai sahabatku.

Benarlah kata sahabatku, bila mendampingi dengan rakan-rakan yang baik, kita akan menjadi orang baik, sentiasa bersemangat, dan dapat banyak ilmu. Kini, sahabatku punya haluan masing-masing. Ada juga yang sudah berkeluarga. Semoga mereka bahagia di dunia dan akhirat.

Insya Allah, semoga aku dapat berjumpa dengan mereka semula dan dapat menyumbangkan tenaga untuk membantu agama Allah SWT. Amin..