Sunday, September 5, 2010

Terawih

Syukur Alhamdulillah, kerana Allah SWT, masih memberi kesempatan pada diri ini untuk mengunjungi rumahNYA. Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT, masih memilih diri ini untuk datang ke rumahNYA, walaupun diri ini penuh dengan noda. Teringat pesanan seorang Sahabat, beruntungnya orang yang datang ke masjid dan diberi kekuatan dariNYA. Ini kerana, hanya orang terpilih sahaja yang dijemput datang ke rumahNYA. Syukur Alhamdulillah...

Merenungi kembali, hikmah di setiap kejadian yang berlaku. Mengapa ini terjadi pada diriku, tidak pada yang lain. Allah memberi kemudahan pada diriku untuk datang ke rumahNYA, berbanding yang lain. Syukur ku panjatkan padaNYA. Entah, masih sempatkah diri ini akan mengunjungi rumahNYA pada tahun berikutnya.

Terima Kasih ya Tuhanku.. jadikanlah aku orang yang paling besyukur dan paling mengingatiMU, Insya Allah.