Sunday, September 5, 2010

Perjalanan hidup ini

Syukur Alhamdulillah, aku dilahirkan dalam keadaan Islam. Walaupun keluargaku masih kurang dalam beragama namun aku sangat bersyukur kerana sempat belajar mengaji di surau ketika kanak-kanak. Syukur Alhamdulillah aku boleh mengenal huruf Al-Quran walaupun belum lancar membacanya.

Nasihat daripada ustazah di sekolah turut membantuku untuk mengenal Islam yang sebenarnya. Aku juga sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang sangat mengambil berat tentang Islam semasa di kampus dahulu. Sedikit sebanyak mengajar diriku mengenal Allah SWT yang sebenar. Sehinggalah kini, sedikit pengetahuan yang ku tahu akan ku cuba mengamalkannya.

Aku rindukan saat-saat bersama dengan teman-teman mengenal Allah SWT, dan saling pesan berpesan antara satu dengan yang lain. Kini masing-masing dengan haluan sendiri, namun mereka semua sentiasa dihatiku. Kadangkala aku gembira kerana , mereka masih mengingatiku dan menghantar mesej penguat iman di dada.

Ya Allah, berkatilah hidup sahabat-sahabatku. Moga mereka semua dalam limpahan rahmat dan kasih sayangMU.