Tuesday, January 19, 2010

Hari ke 2 praktikum

Pada hari ini seperti biasa, kami akan ke bilik guru.  Saya bersama dengan seorang kawan memasuki kelas 4 mahameru pada hari ini. Subjek yang diajar adalah berkaitan dengan psv. Untuk permulaannya, kami melakukan aktiviti yang ringkas. Tambahan pula, jadual belum diberikan kepada kami. PKG akan mengadakan mesyuarat pada pukul 10.30 nanti.

Situasi di dalam kelas ini berbeza dengan kelas yang sebelumnya. Murid-muridnya tidaklah aktif sangat. Namun kerja yang diberikan kepada mereka, lambat disiapkan. Di samping itu, bahan-bahan psv juga adalah terhad. Ramai murid yang tidak membawa   kertas lukisan dan peralatan lain psv.

Untuk yang pertama, kami mengadakan sessi perkenalan juga dengan murid-murid kelas tersebut. Aktiviti yang telah kami adakan adalah melukis rupa manusia. Oleh sebab kertas lukisan tidak cukup, kami membahagi-bahagikan kertas lukisan tersebut kepada murid-murid yang lain.

Daripada pemerhatian yang saya lihat, Sebenarnya subjek psv ini sangat diminati oleh murid-murid. Lebih-lebih lagi jika guru dapat membuat suatu aktiviti yang menarik minat mereka. Dengan itu disiplin kelas dapat dikawal. Aktiviti yang dibuat secara individu setiap murid membuatkan mereka begitu fokus dan teliti. Namun ada juga, sebilangan murid yang tidaka dapat menyiapkan tugasan tersebut. Saya merasakan, murid tersebut tidak faham arahan ataupun tidak pandai melukis.

Satu lagi perkara yang saya dapat perhatikan adalah, apabila guru menunjukkan contoh di depan tentang suatu karya, murid akan menirunya bulat-bulat. Namun murid tersebut tidak dapat meningkatkan kreativitinya. Oleh itu, saya merasakan supaya, guru menunjukkan contoh karya tersebut dalam sekilas pandang sahaja , supaya murid dapat memperkembangkan bakat dan kreativiti mereka. Itulah sedikit info yang dapat saya fikirkan, melalui pemerhatian setelah masuk ke kelas 4 Mahameru.

Dapat jadual mengajar

Hari ini, saya dan kawan-kawan sudah mendapat jadual mengajar.  Sebanyak 10 masa yang telah diperuntukkan kepada saya. 8 masa untuk subjek Pendidikan Seni Visual dan 2 masa untuk Subjek Kemahiran Hidup. Saya berasa sungguh seronok kerana berpeluang untuk menjadi seorang guru. Saya juga berasa gembira kerana mendapat guru pembimbing yang baik hati dan sentiasa bekerjasama. Saya juga difahamkan bahawa, untuk subjek psv ini, guru sendirilah yang menyediakan bahan-bahan dan peralatan untuk murid-murid. Ini kerana, tidak ramai murid yang membawa bahan psv. Guru pembimbing menasihatkan kepada saya supaya mengambil kertas di biliknya dan menjual kepada murid bagi subjek psv. Ini memastikan supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran psv dengan sebaiknya. Saya merasakan, inilah caranya yang patut dilakukan apabila murid tidak membawa kertas lukisan. Dengan itu, saya harus memikirkan perkara-perkara yang boleh menjimatkan kos psv dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.


Gambar di atas merupakan murid-murid tahun 4,5, dan 6 yang membaca buku di tapak perhimpunan. Program ini dikenali sebagai NILAM. Selama 10 minit diperuntukkan untuk murid-murid membaca buku. Program ini bertujuan supaya murid-murid dapat membudayakan budaya membaca dalam kehidupan mereka dan dapat memupuk minat mereka.
















Manakala gambar di sebelah kiri pula adalah murid-murid tahun 4 Mahamera. Setelah selesai aktiviti memperkenalkan diri, kami mengadakan aktiviti melukis pula. Kebetulan kertas lukisan tidak mencukupi, terpaksalah berkongsi dengan kawan-kawan. Murid-murid seronok melaksanakan aktiviti ini dan berinteraksi dengan guru.

Saat apresiasi seni pula dilakukan, murid ke depan dan bercakap mengenai karya atau lukisan yang dihasilkan. Cantik atau buruk bukanlah pada suatu karya itu, namun karya itu ada keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Semoga pengalaman yang kulalui ini dapat mematangkan diri untuk menjadi seorang guru dan seterusnya dapat mengawal kelas dengan baik.