Sunday, January 17, 2010

First day praktikum

Esok adalah hari pertama dalam sejarah hidupku untuk bergelar seorang pelatih maktab dan berpeluang menjadi guru tak rasmi. Subjek yang akan ku ajar adalah Pendidikan Seni Visual dan minor pula adalah kemahiran hidup. Aku di tempatkan di SK Darau Menggatal. Sebelum menjalani praktikum ini, tutorku, ketua jabatan dan pensyarah lain telah memberi amanat kepada kami semua untuk menjalani praktikum ini dengan sebaiknya. Aku mesti menunjukkan rasa rendah diri di hadapan guru yang lebih berpengalaman. You all must humble, pesan semua pensyarah kepada kami. Sepanjang praktikum inilah juga, merupakan bulan peperangan buat kami semua kerana perlu menyediakan rph, abm, mengemaskinikan folio dan sebagainya. Semoga aku dapat menghadapi dengan tabah, bersemangat,ceria, seronok, dapat menimba pelbagai ilmu dan paling utama dapat menjiwai profesion keguruan ini.

Hari pertama ke sekolah ini sangat mendebarkan. Aku bangun awal, takut terlajak pagi. Begitu juga dangan kawan-kawanku. Awal-awal lagi kami semua dah bersiap sedia untuk ke sekolah masing-masing. Seawal jam 5.30 pagi semuanya telah siap sedia, sedangkan cuaca di luar masih gelap gelita. Sungguh bersemangat kami semua pada hari tersebut. Kami berlima berjalan kaki ke SK Darau, dan 3 orang kawanku yang lain menaiki bas ke SK Gudon. Sekolah tempatku, tidaklah jauh sangat dari rumah sewa kami. Dalam masa 15 minit boleh sampai.

Dari jauh, murid-murid memerhatikan kami semua. Ada cikgu baru..kata murid-murid tersebut. Sesampai di sekolah itu kami berjumpa dengan penolong kanan guru besar. Kebetulan GB pada waktu itu tiada kerana ada urusan lain. PKG memperkenalkan kami kepada guru-guru. Hari isnin, merupakan hari perhimpunan sekolah, kami diperkenalkan pada perhimpunan tersebut. Hari pertama pengalaman yang sungguh menyeronokkan apabila kami masuk ke kelas 4 Kinabalu.



Kelas 4 kinabalu







Kami bertiga bersama-sama untuk masuk ke dalam kelas ini. Angelina Nuriyani dan aku. Kami ditugaskan untuk menjaga kelas ini kerana guru yang mengajar pada waktu berkenaan telah memohon cuti. Pada permulaannya, kami menyuruh para murid untuk bercakap dan memperkenalkan diri masing-masing. Selepas itu kami membuat aktiviti mendengar dan menulis perkataan dalam bahasa Inggeris. Guru menyebut perkataan tersebut dan seterusnya murid datang ke depan dan menulis di atas whiteboard. Murid - murid di sini sangat bijak kerana hampir ke semua perkataan yang disebut mampu diterjemahkan oleh mereka dalam perkataan. Seterusnya aktivi yang kami lakukan adalah Whispering games, dan lukis dan teka. Dalam permainan Whispering games ini murid di beri tengok dan hafal ayat yang tertulis dalam kertas dan kemudiannya membisikkan kepada kawan di belakannya dan seterusnya. Manakala murid yang terakhir akan menulis perkataan yang telah dibisikkan oleh rakannya. Dalam aktiviti lukis dan teka pula murid melihat nota yang ditunjukkan oleh guru dan kemudian mereka melukis objek berkenaan dalam papan tulis. Murid lain pula akan meneka berdasarkan objek yang telah dilukis.

Secara keseluruhannya, pengalaman dalam bilik darjah ini merupakan suatu perkara yang menyeronokkan dan amat mencabar buat saya. Ini kerana, aspek kawalan kelas merupakan perkara yang perlu diambil perhatian. Suara guru merupakan faktor utama untuk mengawal disiplin kelas. Apabila nada suara guru yang perlahan dan tidak dapat didengar oleh murid menyebabkan mereka tidak mengambil perhatian. Sikap guru juga perlu tegas dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Aktiviti yang menarik juga mampu menarik minat murid untuk turut mengikuti sepanjang pembelajaran dan pengajaran pada masa tersebut. Dalam hal ini, guru perlu bijak untuk mengawal kelas iaitu tidak hanya tertumpu di hadapan sahaja tetapi perlu bergerak di sekitar dalam kelas tersebut untuk memerhati tindakan murid-murid tersebut.