Wednesday, January 6, 2010

Tentang LM





Latihan mengajar atau yang dikenali sebagai praktikum merupakan perkara yang wajib dan mesti dilakukan oleh seorang pelatih maktab perguruan sebelum menjadi guru yang sebenar. Sebelum ini pelatih sudah pernah melakukan ROS atau PBS ( pengalaman berasaskan sekolah ) selama 2 minggu di sekolah-sekolah terpilih. Jangkamasa latihan mengajar ini adalah selama 3 bulan. Pelatih akan dibimbing oleh pensyarah pembimbing masing-masing mengikut subjek major dan minor. Matlamat latihan mengajar ini membolehkan guru pelatih menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang insan guru yang profesional.Ini juga dapat membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah. Antara objektif latihan mengajar ini pula dapat memupuk sifat positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamal nilai profesional keguruan. Dapat membina daya suai, daya tahan,daya saing dan daya cipta. Objektif latihan mengajar juga adalah meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap pelajar dan budaya sekolah, menyepadukan teori dan amali pengajaran  pembelajaran, menguasai strategi pengajaran pembelajaran, mengenal pasti dan menyelesaikan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memperkembangan potensi mereka sebagai seorang guru, mengeratkan hubungan profesional antara maktab perguruan dan sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek dan tugas guru  serta menilai prestasi guru pelatih semasa praktikum.