Tuesday, February 16, 2010

Taubatku padaMU

Wahai Tuhanku
Ampunkanlah segala salah silapku
Zahir dan batin
Sembunyi atau terang-terangan
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala-galanya

Wahai Tuhanku
Syukur alhamdulillah
Kerana Kau
Sentiasa memberi peluang kepadaku
Menginsafi segala dosa

Tuhanku
Kau kuatkanlah aku
Dalam menempuh
Ranjau kehidupan ini
Biar berpaksi
PetunjukMu
Walau lautan sering bergelora
Walau sampanku kian terumbang ambing
Walau sampanku semakin parah, retak, hancur berkecai
Kuatkanlah aku YA ALLAH...

Ya Tuhanku
Jangan biarkan sampan ini
Bergerak tanpa arah
Berlabuh tanpa tujuan
Pimpinlah aku Ya Allah..
Untuk mendapat RedhaMu

Ya Tuhanku
Berilah kekuatan padaku
Untuk istiqomah di jalanMu
Walau selautan salah silapku
Kau pimpinlah aku Ya Allah
Jangan biarkan aku
Walau sekelip mata...
Moga cintaku padaMu
Semakin mendalam...