Sunday, February 21, 2010

Minggu ke 5 praktikum

Tak terasa cepatnya, masa berlalu. Kini sudah 5 minggu kami menjalani praktikum.Ada  7 minggu lagi, maka berakhirlah sudah perjuangan kami di SK Darau ini. Banyak kenangan manis yang aku perolehi di sini. Hatiku sangat gembira apabila murid-muridku menyapa apabila terserempak di jalanan. Cikgu.... katanya, sungguh manis senyuman mereka walaupun aku tidak mengingati nama-nama mereka. Itulah perasaan yang amat membahagiakan, iaitu perasaan kasih sayang sesama guru dan murid. Syukur Alhamdulilah atas segala nikmatNya kerana meletakkan aku di medan ini.

Aku memang payah untuk mengawal disiplin murid-murid di sini. Tambahan pula, murid berjumlah 40 lebih dalam satu kelas. Aku menggunakan pelbagai alternatif untuk mengawal disiplin mereka, antaranya, memberikan ganjaran kepada kumpulan yang berdisiplin. Alhamdulilah, sedikit sebanyak dapat membantuku dalam proses p&p.  Aku juga mencipta yell kumpulan masing-masing untuk menarik minat mereka mengikuti p&p. Secara tidak langsung dapat menarik perhatian mereka apabila melukis simbol kumpulan mereka di papan putih. Kelas yang aktif memang sukar dikawal, dan hanya dengan cara ini aku dapat mengawal mereka dengan mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan mereka.

Aku berharap semoga aku dapat menjalani praktikum ini dengan sebaiknya. Aku juga berharap agar aku dapat menjiwai profesion keguruan ini. Biarlah aku menjadi seorang guru yang dapat menyumbang kepada modal insan yang berkualiti, Insya Allah.