Monday, February 22, 2010

Remaja oh remaja

Usia remaja memang tidak dapat dinafikan, merupakan masa indah bagi golongan muda. Cinta pada waktu ini juga merupakan kenangan manis buat mereka.Malangnya, remaja sangat mudah terjebak dengan masalah cinta ini, walhal mereka masih di bangku sekolah. Mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran mereka hanya kerana menyelesaikan masalah cinta semata-mata.Sedihnya juga, keterlanjuran berlaku di kalangan muda menyebabkan persekolahan mereka terpaksa dihentikan kerana memikul tanggungjawab sebagai ibubapa dalam usia yang sangat muda. Kasihan terhadap ibubapa yang malu dengan keadaan anak mereka, ada ibubapa yang sangat mengambil berat terhadap mereka, namun anaknya pula telah menconteng arang di muka orang tuanya akibat perbuatan terkutuk yang telah di lakukan.

Jika keadaan ini berterusan, akan menyebabkan pertambahan masalah sosial di negara ini. Akhlak remaja juga akan semakin lutur akibat perbuatann mereka ini. Apa yang paling menyedihkan lagi adalah berleluasanya pembuangan bayi merata-rata, bahkan ada bayi yang telah hilang anggota badan akibat dimakan oleh haiwan liar kerana dibiarkan di kawasan pembuangan sampah. Dalam hal ini, semua pihak harus sedar dan mendalami masalah ini dengan sedalam-dalamnya agar dapat mencari satu penyelesaian yang dapat membendung masalah ini. Didikan agama merupakan faktor penting dalam masalah ini. Jiwa dan rohani remaja perlu disemai dengan nilai-nilai akhlak yang sempurna agar mengerti akan peraturan dalam hidup ini. Dengan jiwa yang bersih juga, remaja akan membenci segala maksiat di persekitarannya. Adalah sangat sukar untuk mendidik remaja agar menjadi individu yang soleh soleha dalam sekelip mata. Namun usaha ini perlu direalisasikan secara berterusan bermula dari rumah, di sekolah dan akhirnya di tempat kerja.

Penganjuran pelbagai motivasi atau ceramah yang berleluasa di setiap kawasan merupakan salah satu alternatif untuk menyedarkan para remaja ini. Dengan jiwa dan rohani yang bersih dapatlah remaja membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan ini. Akhir sekali, usaha ini perlu dilakukan secara berterusan tanpa mengikut musim agar pendidikan ilmu agama dapat dinikmati sepanjang masa.