Wednesday, June 16, 2010

Pendekatan

Minggu KISSM berlangsung selama 2 minggu. Masa-masa yang ada digunakan sebaiknya untuk menghadapi peperisaan dan paling penting sebagai bekalan apabila berada di alam sekolah yang tidakl lama lagi. Semua pelatih menunggu saat ketibaan posting itu dengan penuh debaran. Persoalan terjawab apabila 1 Julai 2010 ini adalah tarikh kami melapor di sekolah masing-masing. Buat masa kini, kami hanya menunggu surat penempatan.

Antara tajuk yang telah dipelajari semasa KISSM ini, adalah mengenai dasar-dasar kerajaan, perintah-perintah am, PKPA dan sebagainya. Penceramah terdiri daripada yang telah berpengalaman. Masing-masing penceramah mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menyampaikan idea mereka. Ada penceramah yang menggunakan pendekatan motivasi dan menerapkan nilai-nilai murni kepada peserta. Saya sangat menyukai persembahan penceramah ini kerana menerapkan nilai-nilai Islam dalam penyampaiannya. Penceramah ini menekankan aspek pandangan mata hati dalam diri individu dan mementingkan akhlak, pemikiran bersih, individu yang berkualiti dan sentiasa menyatakan tentang kebesaran dan keagungan Tuhan walau di mana pun berada. Secara tidak langsung dapat mendakwahi dan memantapkan keimanan seseorang individu secara tidak langsung.

Selain daripada itu, terdapat juga penceramah yang sangat bijak dalam mengendalikan kumpulan. Pendekatan yang digunakan adalah berpusatkan murid. Saya sangat tertarik dan kagum dengan kebolehan penceramah ini kerana dapat mengendalikan dengan baik sekali. Penceramah mempunyai bahan ransangan yang boleh menarik minat audiens untuk mengeluarkan pendapat berdasarkan video yang diterangkan. Audiens dikehendaki untuk menyatakan nilai positif dan negetif berasaskan tonggak 12. Kaedah ini dilakukan secara pertandingan. Setiap kumpulan dikehendaki untuk membentangkan tajuk yang telah diberi dan membuat persembahan mengikut kreativiti masing-masing. Penceramah menjadi fasilatator kepada aktiviti ini. Walau pada mulanya, audiens tidak suka melaksanakannya namun selepas sesi persembahan dan pertandingan menyuarakan idea, kelihatan semua pelatih berasa seronok. Apa yang penting di sini adalah kebolehan penceramah untuk mengendalikan suatu aktiviti dengan menggunakan pendekatan sendiri mampu membuahkan hasil yang baik.

Terdapat juga penceramah yang mempunyai pengetahuan yang sangat luas dalam ilmu yang diceburinya. Sebelum ini, kebanyakan audiens menghadapi masalah mengantuk di dalam dewan apabila mendengar ceramah. Namun, saya kagum dengan penceramah ini kerana mampu membuat audiens tertarik dan tidak berasa mengantuk apabila sesi ceramahnya. Ini disebabkan, pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diceburi dan hatinya ikhlas untuk menyampaikan ilmu yang diketahuinya.

Secara keseluruhannya, masing-masing penceramah mempunyai kebolehan yang tersendiri dan pendekatan yang berbeza untuk menyampaikan ilmu. Ini bertujuan agar audines dapat memperolehi maklumat atau ilmu tersebut. Dalam hal ini, kaedah atau pendekatan yang berkesan perlu dicontohi dan paling penting menyerapkan kesedaran yang tinggi dalam diri individu agar memperolehi ilmu dalaman yang mantap untuk menjadi seorang guru yang berkualiti. Semoga segala yang baik akan dapat dijadikan pengajaran dan pedoman di masa hadapan sebagai panduan untuk mendidik anak-anak bangsa. Insya Allah.