Saturday, June 12, 2010

Rancang kewangan anda

Merancang kewangan amat penting kepada seseorang individu. Ini kerana, tanpa perancangan akan menghadapi masalah kelak dari segi kewangan. 30 peratus daripada gaji sebaiknya harus di simpan dalam bank. Biasanya seorang individu yang telah mendapat gaji akan membayar segala hutangnya terlebih dahulu, dan melihat bakinya barulah memikirkan untuk menyimpan wang tersebut. Namun yang sebaiknya, perkara pertama yang harus dilakukan oleh seorang individu setelah mendapat gaji adalah menyimpan wang di dalam bank terlebih dahulu, barulah mengira budget pada bulan tersebut.

Memang diakui bahawa, kadangkala individu perlu berdisiplin untuk menyimpan wang secara istiqomah di dalam bank untuk setiap bulan. Namun bak kata pepatah, biarlah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian. Individu yang bijak ialah mereka yang mampu merancang sumber ekonomi mereka agar tidak mengalami masalah apabila berlaku kecemasan kelak.

Ayuhlah semua, untuk sama-sama merancang kewangan agar tidak susah di kemudian hari. Sediakan payung sebelum hujan. Antara tips yang boleh dilaksanakan agar dapat menyimpan wang adalah seperti berikut:
1. Tentukan kadar atau jumlah yang hendak di simpan dalam setiap bulan. Biar sikit namun mampu dibayar oleh individu. Jika tidak terbayar pada bulan tersebut, bolehlah menggandakan penyimpanan pada bulan berikutnya.

2. Asingkan duit-duit berkaitan di dalam dompet dan senaraikan belanja-belanja tersebut. Dengan pembahagian tersebut dapat mengelakkan kita daripada berbelanja boros. Di samping itu, kita juga telah tahu bahawa wang telah ada itu untuk digunakan tujuan-tujuan lain dan bukan untuk belanja semata-mata. Contohnya, anda boleh selitkan duit untuk kecemasan, makan, bayar bil dan sebagainya.

3. Cara yang ketiga adalah mengasingkan duit untuk di simpan di dalam bank. Contohnya, duit kecemasan yang tidak digunakan dalam bulan tersebut boleh disimpan di dalam bank.

Namun yang penting dalam merancang kewangan ini adalah sikap kita iaitu agar sentiasa berdisiplin. Duit yang di simpan itu pula jangan di ambil sesuka hati ye.. melainkan jika berlakunya kecemasan.. Jom kita sama-sama merancang kewangan agar hidup stabil tanpa mengalami masalah kewangan.