Friday, April 30, 2010

Terapi Pasir

Alat dan bahan yang digunakan untuk membuat Terapi Pasir adalah seperti suratkhabar, lidi, gam plastik,kotak dan pasir. Gambar – gambar seperti diri sendiri, ibu, ayah,jiran /saudara, binatang peliharaan, lambang kepercayaan, kereta idaman,rumah idaman, nenek, atauk dan sebagainya diwakili oleh imej dalam suratkhabar atau majalah lain yang digunting dan digamkan menyerupai boneka lidi.
Setelah semua gambar tersebut telah dibina maka, imej tersebut akan disusun di atas pasir yang telah di masukkan di dalam kotak bersaiz A4. Sesorang individu boleh menyusun kedudukan yang disukainya. Susunan dan kedudukan gambar-gambar dalam terapi pasir ini sebenarnya mengambarkan tentang kehidupan individu tersebut tanpa di sedarinya. Terapi pasir ini, merupakan salah satu cara untuk mengetahui masalah individu dalam keluarga atau masyarakat. Terapi pasir ini termasuk dalam Psikologi pendidikan.
Hasil daripada aktiviti yang telah dilakukan ini, saya mendapati bahawa ia sangat penting dalam membantu kanak-kanak yang bermasalah terutamanya dalam p&p. Dengan membuat terapi pasir ini kepada seorang murid yang telah dikenal pasti, guru dapat mengetahui masalah yang sedang di hadapi oleh murid tersebut. Di samping itu, dapat menggalakan murid tersebut untuk berinteraksi dengan guru. Secara tidak langsung, dengan menggunakan terapi pasir ini, murid mudah menceritakan hubungannya dengan keluarga.
Oleh itu,terapi pasir ini merupakan salah satu cara untuk mengetahu psikologi seseorang, individu yang meletakkan gambar yang paling depan merupakan perkara yang paling di utamakan dalam kehidupan. Jarak antara gambar menunjukkan hubungan yang rapat atau jauh di kalangan keluarga. Penggunaan gambar besar pula menunjukkan individu tersebut sangat popular di kalangan keluarga. Gambar yang bertentangan dengan jiran menunjukkan perhubungan yang baik dengan mereka. Gambar yang tinggi berbanding yang lain menunjukkan mereka lebih berkuasa dalam membuat sebarang keputusan. Gambar yang diletak rapat menunjukkan hubungan yang erat di antara mereka.
Dengan itu dapat disimpulkan di sini bahawa, bukan hanya dalam pendidikan sahaja terapi pasir ini boleh di gunakan tetapi boleh juga diaplikasikan dalam keluarga untuk mengetahui sifat adik beradik, ibubapa, suadara, jiran dan sebagainya agar dapat mengenali peribadi mereka sebenar. Di samping itu dapat mewujudkan hubungan yang baik di kalangan masyarakat.