Friday, April 30, 2010

Refleksi Syurga Cinta

Tema cerita ini adalah cinta wanita terhadap Allah Swt. Daripada cerita ini dapat saya ambil iktibar bahawa, Jodoh Allah itulah yang utama dan berkekalan. Batas – batas pergaulan haruslah dijaga semasa berkawan dengan seseorang. Pegangan agama amat penting dalam kehidupan agar mendapat panduan dan petunjuk daripada Ilahi.
Allah SWT, sentiasa menerima taubat daripada hamba-hambanya walaupun telah banyak berbuat dosa. Pemilihan kawan amat penting dalam kehidupan. Teman yang baik akan sentiasa mengingatkan diri untuk sentiasa membuat amal kebajikan dan membuatkan hati hidup.Teman yang buruk mengajak ke neraka dengan melalaikan perbuatan maksiat.
Membuat perubahan dalam diri memang mempunyai cabaran, namun perlu berusaha gigih dan sentiasa memohon pertolongan daripada Allah SWT. Ibu bapa seharusnya, memberi didikan agama kepada anak-anak agar dapat melahirkan keluarga yang di redhai oleh Allah SWT. Pentingnya nilai akidah yang mantap dalam diri seseorang agar dapat memagari segala duri-duri yang cuba masuk ke dalam diri.
Orang yang berakhlak baik dan bersifat alim dapat merubah seseorang . Secara keseluruhannya, cerita ini membawa mesej kepada kita agar mengutamakan pegangan agama dalam diri di samping sentiasa mencari kawan yang baik. Nilai agama juga jangan dilupakan apabila berada di luar Negara, ini kerana pengaruh di sana lebih kuat.
Wanita yang baik juga, mampu menyedarkan lelaki jahat untuk kembali ke jalan yang benar. Isi cerita yang dapat saya pelajari di sini adalah menjauhi rakan-rakan yang mengajak kea rah maksiat. Di samping itu, saya perlu memilih rakan-rakan yang baik agar dapat menerima nasihat dan teguran daripada mereka untuk terus mendekati Allah SWT. Peranan seorang anak juga, sangat penting untuk mengajak keluarga ke pangal jalan apabila melihat ibubapa telah tersimpang jauh. Jodoh itu, biarlah jodoh daripada ALLAH SWT, bukan daripada jodoh syaitan atau pun Jin. Nauzubillahiminzalik.
Paling utama yang harus ditekankan mesej atau pengajaran cerita ini adalah, saya perlu memantapkan keimanan dan ketakwaan saya kepada Allah SWT. Di samping itu mesti membentuk akhlak yang terpuji. Saya mesti utamakan peranan hati agar sentiasa bersih dan jauh daripada sifat-sifat mazmumah. Mudah-mudahan amalan di hati lebih baik daripada luaran. Ya Allah, semoga Engkau sentiasa memberi petunjuk dan hidayah kepadaku agar tetap istiqomah di jalanMu Amin ya Rabbal Alamin.