Saturday, April 3, 2010

penuhilah ilmu didadamu

Tak usah dikau terbuai dengan nikmatnya cinta andai tidak punya ilmu tentangnya. Itu hanya khayalan dan igauan semata-mata. Andai ingin membina sebuah rumahtangga yang harmoni, bersedialah dari sekarang. Pimpin dirimu menjadi isteri yang soleha, menjadi ibu mithali yang berilmu. Kasihanilah anak-anakmu kelak andai kau bina mahligaimu tanpa ilmu yang kukuh. Jangan hanya sekadar bercinta kerana nafsu, cintalah untuk mendapat keredhaan daripada Allah SWT. Masih banyak kekurangan dalam dirimu yang perlu engkau perbetulkan. Janganlah hanya fikirkan nikmatnya cinta. Fikirkan juga tentang tanggungjawabmu kelak. Bukan mudah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.

Engaulah tunjang kepada keluarga tersebut. Membantu teman hidupmu untuk melayari bahtera kehidupan ini. Jangan sia-siakan masa yang ada. Perbaikilah dirimu, tingkatkanlah akhlakmu. Bersedia dengan segalanya, kerana bila-bila masa Allah SWT akan menentukan segalanya. Hanya di tangan dirimu untuk membuat segala perancangan. Moga dirimu akan tetap menjaga setiap perhubungan yang terjalin. Jangan nodainya. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah juga sebaliknya. Insya Allah, moga aku dapat merancang kehidupanku dengan baik dan diredhai oleh Allah SWT. Tidak akan ku sesali sesiapa jodoh buatku, kerana Allah SWT lah yang maha mengetahui segalanya. Siapa pun dia, itulah yang terbaik bagi diriku, dan akan aku terima dirinya dengan seadanya.

Akan aku sandarkan harapan sepenuhnya ini kepada yang Maha Esa agar mempertemukan jodohku pada masa yang sesuai. Amin ya rabbal alamin.