Wednesday, July 14, 2010

Tuisyen

Syukur Alhamdulillah, permintaan daripada jiran sebelah rumah memintaku untuk mengajar anaknya. Aku terima tawarannya dengan senang hati. Aura menjadi seorang pendidik semakin berkobar-kobar dalam diri ini walaupun tempat posting belum diketahui.

Aku mengajar subjek matematik tingkatan 5 dan Muet. Rindu rasanya mengenang kembali ketika bergelar pelajar dahulu. Berhempas pulas memerah otak , bersengkang mata, demi mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Alhamdulillah keputusan SPM ku taklah tinggi sangat, namun melayakkan diri ke tingkatan 6.

Besar harapan orang tua terhadap anak-anaknya agar dapat melihat kejayaan mereka. Ibu bapa sanggup memberikan apa sahaja, agar anak mereka berjaya dalam pelajaran. Kepercayaan yang telah diberikan terhadapku agar mendidik anak-anak mereka akan ku laksanakan semampunya. Semoga sedikit sebanyak dapat memperbaiki sikap mereka.