Monday, March 15, 2010

EMPAT BELAS MAC

Tarikh penting dalam hidupku, adalah hari jadiku. Kini genaplah umurku 25 tahun. Subahanallah,cepatnya masa berlalu. Tanpaku sedari sudah di pertengahan usia rupanya diriku ini. Namun sedihnya, amalku tak pernah bertambah. Kedekatanku terhadap Allah juga semakin jauh. Aku sudah tidak melakukan amalan-amalan yang biasa ku lakukan menyebabkan ku rasakan diriku semakin jauh dariNya. Mungkinkah aku sibuk dengan tugas harian menyebabkan aku semakin malas untuk melakukan semua itu. Namun sebenarnya, itu bukanlah alasan yang releven untuk ku persoalan. Jawapannya adalah dalam diriku sendiri.

Satu perasaan yang tidak patut aku sedihkan atau kisahkan adalah sempena hari jadiku ini. Aku sememangnya tidak menyambut hari jadiku ini. Apalagi dengan tiupan lilin dan kek. Namun entah mengapa, tidak ada seorang kawanku pun yang mengucapkan selamat hari jadiku ini. Mungkinkah mereka lupa Padahal, aku sentiasa ingat dan akan wish apabila tiba hari jadi mereka. Wah, begitu sensitifnya hatiku ini. Perkara kecil pun dah nak sedih. Sakit dan peritnya hatiku apabila perkara ini terjadi. Namun akan ku cuba redha untuk menerima segalanya. Lagipun, perkara dah berlalu, tak baik dikenang-kenang.

Ada hikmah semua yang terjadi. Biarlah menjadi pengajaran buat diriku sendiri agar jangan terlalu mengharap pada orang lain. Hari jadi, biarlah diraikan dengan kesyukuran pada yang Esa kerana masih memberi nikmat usia dalam dunia ini. Sememangnya manusia itu bersifat lemah dan mudah lupa. Aku harus maju ke depan untuk mencipta kemajuan dalam diri. Aku akan teruskan langkah dalam kehidupan ini. Biarkan sahaja apa yang orang lain buat namun, aku akan pastikan melakukan yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain. Sengaja ku tulis dalam blog ini agar dapat menghilangkan segala perasaan yang tak enak dalam diriku. Biar hilang semua sifat negetif dalam diri ini. Buat teman-teman yang mungkin terbaca atau ternampak coretan ini, ampun maaf dipinta atas segala salah silap. Tiada niat untuk menyakitkan hati, menunjuk salah, namun hanya luahan hati semata-mata. Kamu semua adalah sahabat terbaik buatku. Susah senang diharungi bersama, melayari hidup ini dan yang penting perjuangan kita untuk menjadi seorang pendidik. Insya Allah.

Tahun 2010, umurku 25 tahun, akan kucuba mencapai impian yang ingin ku capai. Moga aku diberi kekuatan untuk menempuhnya. Moga tiap ujian yang diberikanNya dapat kulalui dengan tabah, sabar, doa, dan redha. Amin ya rabbal alamin.