Thursday, December 24, 2009

Tips Mengubah Diri


'' Contoh teladan dan tindakan seorang adalah lebih berkesan daripada syarahan seribu orang dalam merubah seseorang"

“Kejayaan akan dicapai dalam apapun bidang apabila seseorang itu dapat memahami, mengikuti dan mencontohi minda, emosi dan tindakan orang yang telah berjaya” Anthony Robin
“Apabila tersebarnya akhlak imaniah, jiwa-jiwa yang bersih, warak dan sentiasa beristighfar dalam sesuatu generasi bererti kejayaan Islam sudah hampir” Muhammad al-Rasyid
“Tegakkan daulah Islam dalam diri kamu, Islam akan tertegak dibumi kamu” Mustafa Masyhur
“Tidak ada ertinya berjalan beribu batu untuk membuat perubahan, tetapi pisahkan dirimu daripada kongkongan hawa nafsu walau selangkah akan tercapailah maksudmu” Al-Awaiq.

Perubahan sebenar dalam diri manusia ialah perubahan sikap.
Sikap adalah tingkahlaku manusia di dalam kehidupan ini yang membentuk watak diri seseorang.
Contoh sikap yang positif ialah:
1. Berdisiplin 2. Bertanggungjawab. 3. Berdayausaha. 4. Beristiqamah 5. Menguasai diri ( nafsu/perasaan) 6. Proaktif 7. Kreatif 8. Inovati 9. Berani 10. Benar.
Untuk mengubah sikap memerlukan beberapa langkah:
Sedar Sebelum Berubah (SSB)
Imam Ibnu Qayyim menamakan peringkat ini sebagai al-Yaqzah (kesedaran). Kesedaran terhadap kelalaian diri daripada menunaikan hak-hak Allah melahirkan perasaan al-Khauf (takutkan Allah). Perasaan ini menimbulkan keinsafan dan kemahuan untuk berubah.
Lantaran itu langkah pertama ialah ilmu dan kefahaman yang membuahkan keinsafan.
1. Mengetahui apalah sikap yang hendak diubah.
2. Menyedari dan mengisafi kenapa perlu mengubah sikap tersebut.
Langkah kedua, Melukiskan plan perubahan diri
Langkah ketiga, Berusaha mengubah dengan membuat latihan amali.
Langkah keempat, Hidup dalam persekitaran yang positif.

Contoh teladan dan dorongan luaran boleh membantu perubahan.
Al-quran mengguakan kaedah cerita dan kisah-kisah dalam menonjolkan sikap-sikap positif yang boleh dicontahi dan sikap-sikap negatif yang perlu dijauhi. Rasulullah s.a.w menjadi contoh kepada para sahabat dan generasi salaf menjadi contoh kepada generasi masa kini. Umat Islam sepatutnya menjadi contoh dan syuhada’ kepada orang-orang bukan Islam.
Melalui kisah-kisah ini kita dapat memahami sikap yang betul, kepentingan dan kesannya dan akibat negatif jika kita tidak memilki sikap tersebut disamping membantu minda kita memahami dan menggambarkan sikap tersebut untuk dicontohi.
Kisah nabi Sulaiman yang bersyukur dan Firaun yang takabbur adalah dua kisah yang berbeza yang diceritakan oleh al-Quran.
Penulis Barat seperti Anthony Robin memahami sunnah kejayaan dengan hanya mengkaji sejarah kejayaan orang-orang yang berjaya dan mencontohi mereka. Oleh kerana sikap manusia adalah kombinasi pemikiran dan kefahahaman, emosi dan amalan yang membentuk kejayaan seseorang maka sesorang yang ingin berjaya perlu memiliki sikap seorang yang berjaya.


Generasi sahabat merupakan generasi yang berjaya merubah sikap dan tamaddun ummah, maka umat hari ini juga boleh mencapai tahap kegemilangan silam jika mereka juga memiliki sikap dan amal seperti generasi silam.
Sikap Muslim Yang Diperlukan Masa Ini.
Iman al Syahid Hassan al Banna menyimpulkan terdapat 10 ciri asas keperibadian Muslim yang perlu diwujudkan bagi menjadikan mereka bergerak dan beramal untuk Islam.
1. Tubuh badan yang sihat dan kuat.
2. Aqidah yang sejahtera
3. Ibadah yang betul
4. Budi perkerti yang mantap.
5. Akal yang berilmu.
6. Kehidupan yang tersusun
7. Memelihara masa
8. Bermujahadah melawan nafsu.
9. Mampu berusaha
10. Bermanfaat kepada orang lain.
Keempat-empat langkah merubah sikap disimpulkan dalam jamaah Ikhwan Muslimin sebagai proses Tarbiyyah.
Wallahu’alam.
Dipetik dari

http://www.iumelaka.com/v1/2009/04/28/tips-mengubah-diri/