Friday, December 25, 2009

Bersyukurlah

Ucaplah Alhamdulillah syukur kita kepada Allah. Itulah antara bait-bait nasyid Raihan,mengajak kita semua agar sentiasa bersyukur apa yang kita miliki sekarang. Ucapan syukur bukan hanya di bibir sahaja,malahan syukur dapat dibuktikan melalui tingkah laku yang ditunjukkan.
Mengapa kita bersyukur? Bersyukur atas segala nikmat kurniaan yang telah diberikan kepada kita. Syukur terbesar yang perlu kita hargai adalah nikmat Islam dan Iman, kerana bukan semua orang yang terpilih mendapat nikmat ini.