Friday, February 11, 2011

Bicara rasa hati

Hujung minggu aku habiskan masa memerap di rumah. Tiada apa2 aktiviti yang dilakukan. Belajar memandu? Aku masih lagi tertunggu-tunggu panggilan daripada tutorku. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar.

Entahlah.. tak tahu apa nak kata tentang hidup ini. Sekejap diri sangat bersemangat, sekejap down pula. Kenapa ye. Sebabnya aku tidak istiqomah kot. Terasa kosong jiwa ini. Kosong segala - galanya. Mungkinkah ingin mencari teman atau mengharap seseorang. Tetapi entahlah, memang sukar sangat ditafsirkan perasaan ini.

Keluarga? Ya memang aku sangat sayangkan mereka. Buktinya.. ya memberi bantuan kewangan yang diperlukan oleh mereka. Entah apa lagi yang perlu aku lakukan agar hidupku sentiasa bersemanagat setiap hari untuk mengharungi kehidupan ini.

Rindu pada sahabat? Ya, salah satunya, aku rindukan memori lama semasa berukhwah dengan mereka, semangatku tak pernah pudar lantaran bersama - sama dengan mereka. Kini, mereka punya kehidupan masing - masing. Semoga mereka sentiasa bahagia dengan kehidupan sendiri.

Mengharap dan menunggu pada si Dia?
Entahlah kekadang terdetik juga, namun hati ini sukar dijangka sering berubah - ubah. Namun hakikatnya, itu realitinya. Tetapi apakan daya, segalanya aku serahkan keada yang Maha Esa.
Kini aku akan berusaha untuk melupakannya.

Iffah Najihah...... teruskan perjuangan dalam hidup mu. Hargai apa yang kau miliki sekarang, keluarga, kerjaya, kebebasan, kesempatan. Penuhilah hari - harimu dengan perkara yang bermanfaat. Bebaskan jiwamu dari perkara yang tak pasti. Semoga hari - hari yang kau lalui akan lebih bermakna. Tambahkanlah ilmu di dadamu, kelak kau pasti tersenyum puas dengan apa yang kau lakukan. Ciptalah kejayaan dalam dirimu. Masih banyak ilmu yang belum kau terokai, masih banyak tempat kau belum jelajahi, masih banyak tempat kau belum selami. Jangan hanya di tempat itu.... Bebaskanlah jiwa dan fkiranmu dari belenggu kemurungan, Insya Allah......................A m i n.

Saturday, February 5, 2011

Jerawat oh jerawat

Wah...bestnya andai wajah ini halus mulus tak ade benjol2 kat muka. Bila terlihatkan orang yang tak de cacat cela kat muka, hati ini mula merintih. Keyakinanku mula berkurang. Begitu besar pengaruh jerawat ini kepada ku.

Namun, Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil terhadap hamba - hambanya. Bila aku terpandangkan orang yang lebih teruk jerawatnya daripada aku ataupun terdapat tanda lahir pada muka yang boleh mencacatkan rupa paras, aku sangat - sangat bersyukur kerana hanya sedikit sahaja jerawat yang terdapat pada muka berbanding dengan yang lain. Semoga hati ini akan selalu dan sentiasa bersyukur kepada Ilahi.

Insya Allah, semoga tahun ini 2011 aku dapat menjaga kesihatan dengan lebih baik agar jerawat akan hilang pada muka. Aku juga akan cuba untuk membersihkan hati dan jiwa agar hati akan tenang selalu.

Redhalah Iffah, Syukurilah atas segala pemberian Tuhan kepadamu, sesungguhnya setiap insan yang diciptakan oleh Allah Swt terdapat kelebihan yang tersendiri.

Mesranya hubungan mereka

Hari ini aku pergi ke rumah jiran, ada kenduri 7 hari selepas kematian anaknya yang masih dalam kandungan. Semoga akak Hamalia tabah menghadapinya. Jiran sebelah rumah mengajakku pergi kenduri tersebut. Dari jauh layanan tuan rumah sungguh memuaskan. Ku lihat semua adik beradiknya datang ke rumah ibu mereka. Aduh, terdetik di hati ini cemburu akan kebahagian mereka. Kenapalah kita selalu melihat pelangi kat orang lain, tak pernah pun nampak pelangi kat diri sendiri. Sering sahaja menyemburui kebahagiaan orang lain, sedangkan bahagia itu apa pada diri dan keluarga masing - masing.

Luasnya, maksud kebahagiaan ini. Mudah-mudahan aku dapat dan selalu membahagiakan keluargaku, terutamanya kepada kedua orang tua. Aku ingin menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa prihatin terhadap keperluan keluarga. Aku ingin sentiasa mendoakan ibubapa. Aku ingin mengambil berat terhadap kesihatan mereka. Satu kisah yang ku baca tentang sepohon pokok epal dengan seorang anak. Insya Allah, saya akan membahagiakan kedua ibubapa dengan memberikan segala keperluan mereka.

Semoga aku akan sentiasa menghargai orang - orang di sekeliling kita. Insya Allah

Sahabat yang diingati selalu

Tahniah buat sahabat - sahabatku yang akan mendirikan rumahtangga. Aku tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka. Sekurang - kurangnya aku pernah bersua dan bersahabat dengan mereka. Aku doakan semoga sahabat - sahabatku bahagia di dunia dan akhirat.

Masih lagi teringat kenangan dahulu bersama- sama dengan mereka. Suka duka perjalanan hidup di alam kampus, aduh sungguh manisnya kenangan bersama- sama dengan mereka.

Aku bersyukur kerana dapat bersahabat dengan mereka dan mereka membawaku untuk mengenali Allah Swt dengan lebih dekat. Terima kasih wahai sahabatku kerana pernah memberi peluang dan sudi menasihatiku setiap masa. Sesungguhnya hanya Allahlah yang dapat membalas jasa kalian.

Walaupun kalian semua jauh di mata tetapi dekat di hati ini. Jika kita tidak dapat bersua lagi di dunia ini, semoga kita akan bersua di akhira kelak, Insya Allah.