Saturday, September 25, 2010

Posting

Syukur Alhamdulillah, akhirnya aku selamat sampai di sekolah. Nun jauh dari kesibukan kota. Aku datang ke sekolah pada 17 ogos 2010, melapor diri di ppd pada 16 hb.

Alhamdulillah, walaupun kemudahan yang ada tidak sepertinnya, namun aku bersyukur kerana masih dapat tinggal di rumah guru walaupun bunyi atap kekadang mendebarkan apabila ditiup angin. Titis-titis hujan membasai dapur kediaman kami, mujurlah sudah tersedia besen untuk menampung air hujan tersebut. Segalanya ku lalui dengan seadanya.

Inilah tempatku mencari rezeki, biarlah ku dapatkan dengan cara halal. Mudah-mudahan mendapat berkat dariNYA. Ya Allah, kau berilah hidayah kepada orang-orang di sini agar bisa mendapat hidayah daripadaMU. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kewajipan Solat

Berilah aku hidayah







Ya Allah...
Pimpinlah hidupku..
Walau di mana aku berada..
Walau sekelip mata
Jangan biarkan diriku hanyut dengan arus dunia..

Ya Allah..
Berilah aku petunjuk
Dalam hidup ini
Agar aku sentiasa
Menjaga imanku
Menjaga akhlakku

Ya Allah..
Bimbinglah aku
dalam mencari rezeki di dalam hidup ini
Jangan biarkan aku menindas orang lain
Jangan biarkan aku menjadi hamba kepada wang
Jangan biarkan aku menjadi hamba kepada manusia

Ya Allah..
Terangilah mata hati ku
Agar aku sentiasa melihat cahayaMU

Ya Allah..
Semoga aku hidup dalam redhaMU..
Amin ya Rabbal Alamin..

Tuesday, September 21, 2010

Orientasi GST 20-21/09/2010

Pada hari ini 20 - 21 september 2010, saya telah menghadiri mesyuarat orientasi yang telah diadakan oleh JPNS yang telah dikendalikan oleh PPD Keningau, bertempat di Hotel Juta Keningau. Antara Daerah yang terlibat adalah Nabawan, Tenom, Keningau dan Tambunan.

Saya berasa sangat gembira ke dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama. Seramai 87 guru yang telah menyertai program ini.

Pelbagai tajuk ceramah yang telah diadakan antaranya seperti penglibatan kerja kursus yang akan di adakan sempena minggu orientasi. Guru dikehendaki untuk mencari maklumat tentang sekolah masing-masing mengenai pelbagai aspek meliputi kokurikulum dan kurikulum. Guru juga dikehendaki untuk berbincang dengan guru panatia yang terlibat untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Kami juga diingatkan agar sentiasa bermotivasi dalam melaksanbakan tanggungjawab. P&p yang berkesan juga akan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid-murid dalam akademik, di samping dapat mewujudkan suasana yang seronok kepada murid-murid. Kami juga disarankan agar menggunakan kaedah pengajaran yang berkesan agar dapat menarik minat murid dengan strategi dan teknik yang pelbagai Di samping itu, guru juga diingatkan agar sentiasa mengambil tahu tentang tataterib dalam profesion berkenaan agar sentiasa menjaga etika dan tingkah laku sepanjang perkhidmatan.

Saturday, September 18, 2010

Syahdunya

Syahdunya diri ini melihat kejayaan orang lain. Agama mereka sungguh mantap berbanding diri ini. Mereka mampu berbakti dan memberi manfaat pada orang lain. Mereka juga dapat menolong agama Allah SWT. Diriku, terasa banyak kekurangan, masih tidak dapat memberi sumbangan pada agama Allah SWT.

Oh aduhai, aku tidak patut patah harapan, putus asa. Sudah 25 tahun namun, diri ini belum mampu memberi apa-apa untuk agama Allah SWT. Memang betapa, rasa sedihnya hati ini apabila sahabat tidak mempedulikan kita. Walau apapun, Allahlah yang Maha Mengetahui. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada menyakiti dan mengecewakan harapan orang. Amin ya Rabbal Alamin. Moga diri ini tetap teguh walau berada di mana.

Jemputan Kahwin


Hari ini 18092010 rakan sekampung melangsungkan perkahwinannya. Tahniah buat kak Anis. Semoga bahagia dunia akhirat. Majlisnya berjalan dengan lancar. Jemputan bermula dari jam 11 pagi sehingga 5 petang. Wah, sungguh meriah majlisnya kerana mengikut tema. Dari kad jemputan sehinggalah cenderamata tetamu semuannya berwarna pink. Memang nampak ceria dan sungguh unik.

Saya bersama dengan jiran sebelah pergi menyaksikan majlis tersebut. Layanan yang diberikan juga memuaskan. Saya sempat berjumpa dengan rakan-rakan sekolah lama. Perbualan kami sungguh terbatas, sekadar senyum dan bersapa sahaja. Masing-masing dengan kerjaya sendiri. Syukur Alhamdulillah, saya sempat mengunjungi rumah kawan lama. Rindu benar dengannya sudah bertahun-tahun tidak bersua, walaupun kami sekampung. Ini kerana, dia sudah punya keluarga sendiri dan sibuk dengan tanggungjawabnya.

Walauapapun, semoga mereka semua hidup bahagia dan kekal dunia akhirat.

Sunday, September 12, 2010

Kenduri raya

Dari raya 1 hingga ketiga, aku pergi ke rumah saudara. Aduh.. sungguh penatnya.Esok pula balik ke sekolah. Moga diriku tabah,,menghadapi semua ini. Kuatkanlah hatiku ya Allah. Tidak semena-mena, aku berjumpa dengan rakan sekolah menengah. Sikapnya, masih seperti dahulu, peramah dan sentiasa tersenyum apabila berjumpa dengan orang.

Badannya juga, dah semakin naik. :), wah kamu dah jadi bos yeee..usikku padanya. Dia hanya tersenyum mendengar usikanku. Kini dia dah kerja dengan kerajaan dan lebih senior daripadaku. Dia juga telah punya kereta sendiri. Dengar-dengar, dia juga telah membeli tanah di daerah tempatnya bekerja. Wah, punya wawasan tersendiri rakanku ini. Aku berdoa semoga dia menemui jodohnya di sekitar kawasannya, :).

kekadang, gembira juga apabila terserempak dengan kawan lama ni. Dapat berkongi cerita lalu. :), Terima kasih juga buat auntie dan uncle yang sudi memberikan aku duit raya. Syukur Alhamdulillah, Terharunya juga saya apabila ada pakcik ( bapa kawan ) memanggil saya cikgu.
Wah, ;), sejuk hati mendengar kalimat ini. Mudah-mudahan, aku dapat menjadi guru yang terbaik dan berkualiti Insya Allah.


Saturday, September 11, 2010

Akhlak

Jagalah akhlakmu walau di mana berada. Biar sopan tidak liar. Akhlak dengan Allah, akhlak sesama manusia. Jagalah. Jangan terlebih, kelak memalukan dirimu. Jangan terkurang, dianggap sombong. Biar bersederhana. Hiasilah dirimu dengan akhlak yang baik. Biar akhlakmu baik zahir dan batin.

Akhlak yang baik menyenangkan semua orang. Ucapkan salam bila bertemu. Ukirkan senyuman ikhlas. Rajin membantu setiap masa. Namun, sentiasa berawas-awas jangan terlebih dalam berbicara, takut nanti mengundang riak.

Jagalah akhlakmu walau dimana.

5 waktu

Kekadang aku menang
Dalam satu pertarungan.
Kekadang aku kalah..
Iman dan nafsu..

Solat 5 waktu..
Tidak dapat dipertahankan..
Lantaran kesibukan duniawi..
Walhal..

Solat 5 waktulah..
Tanda ucapan terima kasih,
Pada Allah kerana masih memberi penghidupan,
Membersihkan diri dari segala noda,
Tempat memohon doa dariNYA.

Solat 5 waktu,
Tiang agama,
Setiap detik,
Wajib dilaksanakan,
Walau dalam keadaan apa sekalipun,
Susah senang,
Siang malam,

Kerana..
Dengan solat
membuktikan kehambaan kita padaNYA.
Moga tetap istiqomah melaksanakannya.

Hanya kepada DIA lah kita berharap

Mana mungkin seseorang menyintai yang lain apabila cintanya hanya pada yang SATU. Itulah cinta yang hakiki. Dia hanya berharap padaNya, tidak berharap pada yang lain. Kerana dia tahu bahawa, hanya kepadaNYA lah tempat dia berharap. Memohon, meminta segala yang dihajati.

Sungguh tertipulah manusia yang berhajatkan pada yang fana, yang tak punya apa-apa kuasa. Sedangkan manusia ada Tuhan yang wajib disembah. Hanya kepadaNYA kita semua memohon pertolongan. Dia yang menciptakan kita daripada tiada kepada ada. Sebenarnya, kita tidak punya apa-apa kuasa pun di dunia ini. Semuanya adalah milikNYA. Segala yang ada hanyalah pinjaman semata-mata.

Dengan itu, tak usah berharap pada yang lain, khususnya pada manusia, kerana mereka tidak punya apa-apa kuasa. Namun, ayuhlah kita berharap pada yang Maha Esa, kerana dia lah yang Maha Berkuasa. Maha mengabulkan segala doa dan permintaan. Insya Allah.

Berharaplah hanya padaNYA.

kembara hati

Segalanya adalah milikMu. Aku juga adalah hambaMU. Sama seperti insan-insan lain. Aku juga tidak lari dari segala ujian hidup. Aku juga punya perasaan seperti insan-insan lain. Suka, duka kehidupan mematangkan usia perjalanan hidup. Pengalaman yang kulalui mematangkan fikiran ini. Aku juga punya perasaan cinta. Seperti insan lain yang hangat bercouple. Namun aku tidak boleh lakukan seperti itu. Boleh saja aku luahkan pada seseorang untuk mencintai diriku, namun agama tidak membenarkan sedemikian. Batasan perlu di jaga. Rasa cintaku pada seseorang membuak-buak, dan aku sangat merinduinya. mungkinkah dia juga punya perasaan itu. Aku tidak tahu. semakin lama rinduku padanya semakin mekar di hati ini. Entah dapat atau tidak ku sembunyikan perasaan ini daripadanya. Ingin rasanya aku meluahkan rasa hatiku padanya. Namun aku malu, ya aku malu. Aku tidak mahu menjadi seorang perempuan yang terhegeh-hegeh pada seseorang, walhal belum tentu dia menyintaiku. Maka, biarlah aku menyintainya dalam hening, hanya Allah SWT yang maha mengetahui hati ini. Biar derita ini ku tanggung seorang diri. Biar kecewa ini ku tanggung seorang diri. Biar luka ini, ku rawat sendiri. Aduhai,memang sakitnya hati bila kita mencintai seseorang, siang malam asyik terbayang-bayang wajahnya sahaja. Namun keberanian itu, tidak ada pada diriku.

Namun, aku rasa, hanya aku seorang sahaja yang mempunyai perasaan ini.Dia..hanya Allah yang tahu. Mungkin, dia punya pilihan lain yang jauh lebih muda dan baik dariku. Ya Allah, betapa beratnya ujian yang Engkau berikan padaku. Mencintai dan merindui seseorang yang belum pasti menyintaiku amat berat ku rasakan. Betapa sakitnya Ya Allah. Ya Allah, berilah aku petunjuk dalam ketentuan ini, andai dia adalah jodohku. Satukanlah hati ini dalam menggapai redhaMu.

Tenangkanlah hati ini,untuk meniti hari-hari mendatang. Andai dia bukan jodohku, redhakanlah hati ini dan berilah harapan pada diriku untuk menemui cinta yang baru. Amin ya Allah.

Hati ini

Hati..
Mudah berubah
Tak tetap pendirian
Sekejap teguh
Sekejap goyah

Hati
Mudah tersentuh
Sekejap gembira
Sekejap sedih
Hati gembira penuh harap
Hati sakit menanggung derita

Hati
sanggat lembut
mudah terasa
jauh letaknya
di lubuk yang dalam

Hati
Ibarat raja
mengawal anggota
setiap detik

Hati
teguhkan ia setiap masa
Jangan kerana noda setitik
punah harapan
lesu tak bermaya

Hati
jangan tertipu
Godaan syaitan
Batasilah dengan iman
sirami dengan zikrullah
moga ia sentiasa teguh
walau di mana berada


Friday, September 10, 2010

Hamba

Hamba
Hamba
Hamba

Setiap hari menjadi hamba
Hamba kerja
Hamba manusia
Hamba nafsu
Hamba wang
Hamba pangkat
Hamba kepada makanan

Hamba, Hamba, Hamba,
Setiap detik
Hanya menjadi hamba mereka

Dimain-mainkan oleh mereka
Diperbodoh-bodohkan oleh mereka
Diperguna-gunakan oleh mereka
Diperkotak-katikan oleh mereka

Lantas
Syaitan ketawa terbahak-bahak
Bersorak ria kegembiraan
Melihat kita
menjadi hamba mereka..

Sedarlah wahai diri
Engkau mempunyai Tuan
Yang Maha Hebat
Hanya Dia yang layak disembah

Kita sebenarnya adalah
Hamba Allah Swt
Hamba Allah Swt
Hamba Allah Swt

Bukan hamba pada mereka
Bebaskan dirimu dari pengaruh
tipu daya mereka.

kita adalah Hamba ALLAH SWT, yang sebenarnya.





Raya pertama 2010

Takbir Raya, menimbulkan rasa syahdu dihatiku. Mengingatkan detik-detik kenangan arwah adikku. Sayup-sayup terbayang jelas wajahnya di fikiranku. Kenangan dengannya tak akan pernah luput dari ingatanku. Semoga rohnya hidup tenang di alam barzakh. Ku hadiahkannya seuntai surah Yassin agar rohnya mendapat keampunan dari Allah Swt.

Wasiat terakhirnya, memohon keampunan daripada semua sahabat-sahabatnya, pada keluarga,guru-guru. Sungguh terharu aku mendengarnya ketika dibacakan doa setelah selesai urusan pengebumiannya. Ketabahannya dalam melawan penyakitnya mengagumkan diriku padanya. Walaupun derita yang ditanggungnya tidak terperi namun sepatah kata, tiada rasa kesal atau cercaan di atas penyakitnya. Sungguh redha adikku terhadap penyakit yang dideritainya.

Rinduku padanya sentiasa dalam ingatan. Semoga Allah Swt memberi keampunan padanya dan meredhai pemergiannya. Hari ini, 10 september 2010 adalah raya pertama. Dengan itu, pertama kalinya juga aku ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Selama ini aku tidak pernah melaksanakan solat tersebut melainkan pada waktu kanak-kanak. Aku pun sudah tidak ingat cara untuk mengerjakannya.

Aku tidak mahu menjadi hamba kerja lagi. Aku ingin menjadi hamba Allah Swt. Selama ini, aku tidak dapat ke masjid untuk solat sunat Raya Aidilfitri kerana melaksanakan kerja-kerja rumah. Padahal, menuju rumah Allah itu adalah yang utama.


Monday, September 6, 2010

Kaya jiwa

Beruntungnya orang yang kaya jiwa,
Hidupnya tenang, bahagia, gembira
dan disenangi orang..

Kaya jiwa
seorang yang pemurah
sentiasa bersedekah
bermanis muka
merasa cukup apa yang ada

Kaya jiwa
sentiasa menolong orang
Menjadi hamba yang bertakwa
Moga diri ini kaya jiwa
Insya Allah

Sunday, September 5, 2010

Harapanku

Harapanku...
padaMU,
agar sentiasa membimbing hati ini walau di mana berada
agar sentiasa memberi hidayah dan petunjuk
Aku menjadi kekasihmu setiap detik dan sentiasa membaca surat cinta dariMU

Rasulullah SAW
Agar aku dapat mencontohi dan mengikuti akhlakmu
Agar aku dapat mengamalkan sunah-sunahmu
Aku sentiasa menyebut dan berselawat padamu

Ibu dan Ayah
Agar aku dapat menjadi anak yang soleh
Agar aku dapat membantu mereka di akhirat kelak
Akan aku cuba membalas segala jasamu
Akan aku hargai mereka dengan sebaiknya....Insya Allah.

Hidup ini sungguh saspen :)

Kehidupan adalah kurnia daripada yang Maha Esa. Tiada siapa yang tahu kesudahannya. Ajal, Maut, dan Jodoh sudah ditentukan oleh yang Maha Kuasa. Tuhan pentadbir seluruh alam.
Kehidupan adalah singat, oleh itu hargailah dengan sebaiknya. Binalah kejayaan dalam diri agar dapat membantu insan lain. Kehidupan tidak bermakna andai tidak digunakan dengan sebaik-baiknya. Hiduplah seadanya, jangan memandang yang lebih tinggi kelak akan mengecewakan dirimu. Namun pandanglah orang di bawahmu agar hidupmu terasa lebih bermakna dan disyukuri.

Kehidupan ini suatu misteri. Tiada siapa yang tahu bila dirinya akan dijemput oleh Allah SWT. Tiada siapa yang tahu jodohnya dengan siapa, semuanya sudah ditakdirkan yang Maha Esa. Apa yang penting, bersedialah untuk menghadapinya semuanya. Kuatkan semangat dalamhidup ini. Beramalah sepuasnya, agar menjadi bekalan di akhirat nanti. Namun pastikan ikhlas sentiasa membaluti amalanmu itu agar ianya tidak sia-sia.

Kehidupan..ku harapkan agar dapat mengenaliMU dengan lebih rapat. MencintaiMU sedalamnya, MerinduiMU selalu,walau dimana ku berada. Moga cintaku padaMU sentiasa mekar dihati ini. Moga ku dapat buktikan cintaku padaMU suatu hari nanti. Insya Allah.

Perjalanan hidup ini

Syukur Alhamdulillah, aku dilahirkan dalam keadaan Islam. Walaupun keluargaku masih kurang dalam beragama namun aku sangat bersyukur kerana sempat belajar mengaji di surau ketika kanak-kanak. Syukur Alhamdulillah aku boleh mengenal huruf Al-Quran walaupun belum lancar membacanya.

Nasihat daripada ustazah di sekolah turut membantuku untuk mengenal Islam yang sebenarnya. Aku juga sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang sangat mengambil berat tentang Islam semasa di kampus dahulu. Sedikit sebanyak mengajar diriku mengenal Allah SWT yang sebenar. Sehinggalah kini, sedikit pengetahuan yang ku tahu akan ku cuba mengamalkannya.

Aku rindukan saat-saat bersama dengan teman-teman mengenal Allah SWT, dan saling pesan berpesan antara satu dengan yang lain. Kini masing-masing dengan haluan sendiri, namun mereka semua sentiasa dihatiku. Kadangkala aku gembira kerana , mereka masih mengingatiku dan menghantar mesej penguat iman di dada.

Ya Allah, berkatilah hidup sahabat-sahabatku. Moga mereka semua dalam limpahan rahmat dan kasih sayangMU.

Terawih

Syukur Alhamdulillah, kerana Allah SWT, masih memberi kesempatan pada diri ini untuk mengunjungi rumahNYA. Syukur Alhamdulillah kerana Allah SWT, masih memilih diri ini untuk datang ke rumahNYA, walaupun diri ini penuh dengan noda. Teringat pesanan seorang Sahabat, beruntungnya orang yang datang ke masjid dan diberi kekuatan dariNYA. Ini kerana, hanya orang terpilih sahaja yang dijemput datang ke rumahNYA. Syukur Alhamdulillah...

Merenungi kembali, hikmah di setiap kejadian yang berlaku. Mengapa ini terjadi pada diriku, tidak pada yang lain. Allah memberi kemudahan pada diriku untuk datang ke rumahNYA, berbanding yang lain. Syukur ku panjatkan padaNYA. Entah, masih sempatkah diri ini akan mengunjungi rumahNYA pada tahun berikutnya.

Terima Kasih ya Tuhanku.. jadikanlah aku orang yang paling besyukur dan paling mengingatiMU, Insya Allah.

PANDANGAN

Sebenarnya, pandangan boleh dikategorikan kepada 4 bahagian. Antaranya, pandangan nafsu, pandangan akal, pandangan mata, dan pandangan mata hati. Antara pandangan yang terbaik adalah pandangan mata hati. Pandangan mata hati adalah pandangan yang hakiki dan itulah sebenarnya yang perlu ada pada setiap insan agar menjadi hamba yang bertakwa kepada Allah SWT.

Pandangan mata sifatnya menipu, umpamanya pandangan pada bulan yang cantik di malam hari menampakkan kecantikan sinarannya. Namun realitinya, bulan bukannya secantik mana, malahan rupanya yang sebenar adalah berlubang-lubang. Pandangan mata juga dapat dilihat apabila sebatang kayu lurus diletakkan pada sebuah gelas berisi setengah air. Kita dapat melihat kayu tersebut bengkok, hakikat yang sebenar, kayu tersebut adalah lurus. Begitulah sifat pandangan mata yang selalu menipu.

Pandangan akal sifatnya boleh tersalah, seperti kajian-kajian yang dijalankan membatalkan pandangan pendapat sebelumnya. Contoh konsep bumi yang mendatar akhirnya dibuktikan dengan pandangan yang lain, dan begitulah seterusnya.

Pandangan nafsu pula, sifatnya melulu. Ruang dan peluang yang ada digunakan untuk melampiaskan kejahatannya. Pandangan nafsu ini hanya mementingkan keseronokan sahaja.

Semoga hati ini akan sentiasa mendapat pandangan mata hati. Dengan itu, hati perlulah dijaga agar sentiasa bersih dan mudah mendapat hidayah daripada Allah SWT.

Friday, September 3, 2010

Ketenangan

Ketika hati sedang derita, berkecamuk, fikiran tak tenang emosi terganggu, di manakah tempat harus ku tuju. Semua yang ada di tangan, kebebasan, kekayaan, teman-teman tidak mampu membuat diriku reda dari perasaan ini. Mungkinkah aku telah banyak melakukan dosa dan maksiat tanpa di sedari. Tompok-tompok hitam semakin membesar dalam hati. Andai tidak diubati bisa merosakkan empunya diri. Lalu di mana harus aku mencari penawarnya. Tatkala diri terasa longlai,tidak bersemangat, seperti bunga yang layu, lantas di mana aku mendapatkan cahaya, atau titisan air yang segar agar dapat meyegarkan kembali diri ini.

Lalu ku semak kembali, apa yang telah kuperbuat selama ini. Amalku tak pernah bertambah, malahan semakin kurang dan culas pula. Aku juga sering biarkan diriku ini dipermain-mainkan oleh perasaan sendiri. Sungguh, aku tewas semua itu. Aku tertipu dengan perasaan ku sendiri. Umpama mimpi di siang hari. Entah apa - apa saja yang menganggu perasaan ku ini. Ada saja yang sering difikirkan, walhal tidak penting pun. Mungkinkah bebankan kerja baruku ini, mungkinkah cintaku tak kunjung tiba, mungkinkah harapan orang tuaku terhadap diriku. Aduh, masih banyak lagi yang aku fikirkan.... Entahlah, segalanya aku mengharapkan agar semuanya berjalan lancar. Harapan dariku agar dapat menjalani kehidupan ini dengan seadanya.

Biarlah aku dapat membalas jasa kedua orang tuaku, pekerjaan ku ini biarlah diberkati NYA. Aku juga harapkan agar hubungan sesama rakan sekerja sentiasa erat dan saling memahami antara satu dengan yang lain. Kehidupan ku masih panjang. Aku perlu berjuang untuk merialisasikan impian ku Insya Allah. Moga akan dikabulkan olehNYA. Ketenangan yang ku cari biarlah menjadi milikku setiap saat. Moga hidupku sentiasa dalam redhaNYA. Insya Allah.