Sunday, February 28, 2010

Berbincang dengan pensyarah pembimbing

28 hb 2 kami berenam iaitu, saya, yon, moris, peter,Aban dan Patrick telah ke rumah Puan Suraya iaitu, pensyarah pembimbing kami untuk berbincang mengenai rph dan folio praktikum kami. Semoga apa yang disampaikan melalui perbincangan ini akan dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran nanti. Aspek yang mesti saya perbaiki adalah pengurusan masa, suara dan perlu ada unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran. Insya Allah saya akan cuba membuat yang terbaik untuk praktikum ini dan mencuba semampu yang boleh.

Saturday, February 27, 2010

Berikan kesihatan padanya

Aku menekan punat nombor telefon bimbitku, kendengaran suara adik bongsuku menyambut. Aku menyuruh adikku memberikan telefon kepada ibuku. Biasanya, aku menelefon ibuku pada hujung minggu untuk bertanya kabar kepada mereka. Pada kali ini, aku sedih dan terkejut kerana ibuku menyatakan bahawa ayahku sakit. Sudah 4 hari tak makan, malahan sesuap nasipun tidak dijamahnya. Ya Allah pedih dan sayunya hatiku apabila mendengar kabar sedemikian. Apalah dosa yang telah aku lakukan sehingga ujian ini menimpa ayahku. Ya Allah kuatkanlah semangatku untuk menempuhi segala ujianMu. Aku akan cuba pasrah dan redha atas apa yang berlaku.

Aku berharap semoga aku dapat menolong ibubapaku di dunia dan akhirat. Akan aku cuba menjadi anak yang baik buat kedua ibubapaku. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menyayangi dan mengasihi kedua orang tuaku. Janganlah engkau pesongkan hati ini setelah mendapat hidayah daripadaMu. Aku tidak ingin menjadi anak derhaka. Ya Allah berikanlah kesihatan kepada kedua ibubapaku, sudah sampai waktunya aku harus berbakti kepada mereka. Ya Allah berilah aku petunjuk agar aku dapat berbakti kepada kedua orang tuaku.

Bayangan ku masih lagi segar ketika adikku yang kedua meninggalkan kami sekeluarga kerana menghadapi penyakit yang sukar diubati. Aku berasa sedih kerana pemergiannya aku tidak dapat membacakan yassin dengan sebutan yang lancar dan fasih. Ya Allah peritnya ujian pada waktu itu, tidak dapat ku bayangkan dia pergi buat selama-lamanya. Namun ketabahannya, kesabarannya dalam melawan penyakitnya membuatkan diriku kagum. Tidak sedikitpun, keluhan atau rintihan yang keluar daripada mulutnya lantaran penyakit yang dideritainya itu. Suatu hari, arwah adikku bertanya pada ibuku.. pada waktu itu, ibuku sedang membersihkan belakang badannya. Adik menanyakan pada ibu, tentang luka yang ada pada  belakannya sama ada parah atau tidak.

Ibu kelu dan sangat sedih untuk memberitahu keadaan yang sebenar. Luka di belakang kamu ni tidak dalam anakku, hanya sedikit sahaja. Kata ibuku membohongi perkara yang sebenar. Sedangkan kenyataan yang sebenar dapat kulihat sendiri bahawa belakang arwah adikku itu lukanya sangat parah sehinggakan sudah kelihatan tulang berwarna putih. Ya Allah tabahnya hati ibuku. Aku yang melihat ibuku berkata sedemikian berbohong pada arwah adikku supaya adikku tidak putus asa akan penyakit yang dihadapinya. Begitu tabahnya, ibuku menjaga adikku sepanjang hayatnya.

Pengorbanan ibu sangat tinggi kepada kami semua. Ya Allah, tenangkanlah hati ini atas apa jua ujian yang engkau berikan kepadaku. Semoga aku sentiasa bersedia dan redha atas apa yang berlaku. Mantapkanlah keimanan dan ketakwaan dalam diri ini agar sentiasa mendapat hidayah dan petunjuk daripadamu. Amin ya rabbal alamin.

Thursday, February 25, 2010

Ceria selalu...

Pandang ke depan. Terus maju ke hadapan. Lihat dedaun kehijauan. Lihat burung berterbangan bebas di udara. Lihat kanak-kanak ketawa gembira. Senyuman manis kanak-kanak sungguh memposanakan. Hidup ini adalah terlalu singkat untuk tidak dihargai. Hargailah apa yang ada di sekelilingmu. Bersyukur atas segala nikmatnya. Syukur padaNya kerana telah mengurniakanku seorang sahabat yang baik. Ya Allah, biarlah persahabatan ini dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan ku kepada Mu. Amin ya Rabbal Alamin.

Sungguh indah hidup ini bila hari sentiasa ceria. Senyum pada semua mahluk Tuhan. Tiada sengketa, tiada dengki di dalam hati. Oh, betapa gembiranya. Hidup ke arah positif, peningkatan semakin meninggi. Hati semakin bersih. Tidak malas melakukan ketaatan kepada Allah SWT. Biarlah hidup kita ini dapat memberi manfaat kepada manusia. Ya Allah, semoga kami semua sentiasa dalam rahmatMu. Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin ya Rabbal Alamin.

Monday, February 22, 2010

Hari observeku....

Esok adalah hari yang amat penting buat diriku, kerana aku akan diselia oleh pensyarah pembimbing bagi subjek minor. Subjek minorku adalah kemahiran hidup. Aku berharap sangat-sangat agar aku dapat mengawal kelas 4 Mahameru dengan baik. Ya Allah bantulah hambamu ini, kuatkanlah semangatku. Aku akan pastikan, aku dapat melontarkan suaraku dengan sepenuhnya kepada mereka pada esok hari.

Entah macamanalah pada esok hari ini, harap2 murid dapat mendengar kata-kataku pada esok hari. Aku berjanji dan berjuang dengan sepenuh  tenagaku agar dapat memberi pengajaran yang terbaik kepada murid-murid. Semoga murid-murid faham akan pengajaran dan pembelajaran pada esok hari.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Syukur Alhamdulillah, mood murid-murid pada hari ini amat baik, mereka menunjukkan komitmen yang baik. Namun, aku mesti berusaha lebih lagi untuk memantapkan folio dan rpah ku. Aku akan buat yang terbaik buat diriku sendiri agar menjadi guru yang berkualiti.







Remaja oh remaja

Usia remaja memang tidak dapat dinafikan, merupakan masa indah bagi golongan muda. Cinta pada waktu ini juga merupakan kenangan manis buat mereka.Malangnya, remaja sangat mudah terjebak dengan masalah cinta ini, walhal mereka masih di bangku sekolah. Mereka tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran mereka hanya kerana menyelesaikan masalah cinta semata-mata.Sedihnya juga, keterlanjuran berlaku di kalangan muda menyebabkan persekolahan mereka terpaksa dihentikan kerana memikul tanggungjawab sebagai ibubapa dalam usia yang sangat muda. Kasihan terhadap ibubapa yang malu dengan keadaan anak mereka, ada ibubapa yang sangat mengambil berat terhadap mereka, namun anaknya pula telah menconteng arang di muka orang tuanya akibat perbuatan terkutuk yang telah di lakukan.

Jika keadaan ini berterusan, akan menyebabkan pertambahan masalah sosial di negara ini. Akhlak remaja juga akan semakin lutur akibat perbuatann mereka ini. Apa yang paling menyedihkan lagi adalah berleluasanya pembuangan bayi merata-rata, bahkan ada bayi yang telah hilang anggota badan akibat dimakan oleh haiwan liar kerana dibiarkan di kawasan pembuangan sampah. Dalam hal ini, semua pihak harus sedar dan mendalami masalah ini dengan sedalam-dalamnya agar dapat mencari satu penyelesaian yang dapat membendung masalah ini. Didikan agama merupakan faktor penting dalam masalah ini. Jiwa dan rohani remaja perlu disemai dengan nilai-nilai akhlak yang sempurna agar mengerti akan peraturan dalam hidup ini. Dengan jiwa yang bersih juga, remaja akan membenci segala maksiat di persekitarannya. Adalah sangat sukar untuk mendidik remaja agar menjadi individu yang soleh soleha dalam sekelip mata. Namun usaha ini perlu direalisasikan secara berterusan bermula dari rumah, di sekolah dan akhirnya di tempat kerja.

Penganjuran pelbagai motivasi atau ceramah yang berleluasa di setiap kawasan merupakan salah satu alternatif untuk menyedarkan para remaja ini. Dengan jiwa dan rohani yang bersih dapatlah remaja membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan ini. Akhir sekali, usaha ini perlu dilakukan secara berterusan tanpa mengikut musim agar pendidikan ilmu agama dapat dinikmati sepanjang masa.

Sunday, February 21, 2010

Minggu ke 5 praktikum

Tak terasa cepatnya, masa berlalu. Kini sudah 5 minggu kami menjalani praktikum.Ada  7 minggu lagi, maka berakhirlah sudah perjuangan kami di SK Darau ini. Banyak kenangan manis yang aku perolehi di sini. Hatiku sangat gembira apabila murid-muridku menyapa apabila terserempak di jalanan. Cikgu.... katanya, sungguh manis senyuman mereka walaupun aku tidak mengingati nama-nama mereka. Itulah perasaan yang amat membahagiakan, iaitu perasaan kasih sayang sesama guru dan murid. Syukur Alhamdulilah atas segala nikmatNya kerana meletakkan aku di medan ini.

Aku memang payah untuk mengawal disiplin murid-murid di sini. Tambahan pula, murid berjumlah 40 lebih dalam satu kelas. Aku menggunakan pelbagai alternatif untuk mengawal disiplin mereka, antaranya, memberikan ganjaran kepada kumpulan yang berdisiplin. Alhamdulilah, sedikit sebanyak dapat membantuku dalam proses p&p.  Aku juga mencipta yell kumpulan masing-masing untuk menarik minat mereka mengikuti p&p. Secara tidak langsung dapat menarik perhatian mereka apabila melukis simbol kumpulan mereka di papan putih. Kelas yang aktif memang sukar dikawal, dan hanya dengan cara ini aku dapat mengawal mereka dengan mewujudkan persaingan yang sihat dikalangan mereka.

Aku berharap semoga aku dapat menjalani praktikum ini dengan sebaiknya. Aku juga berharap agar aku dapat menjiwai profesion keguruan ini. Biarlah aku menjadi seorang guru yang dapat menyumbang kepada modal insan yang berkualiti, Insya Allah.

Friday, February 19, 2010

Cinta bermacam rasa

Dalam cinta bermacam rasa
Suka, sayang, gembira, rindu
Dalam cinta bermacam rasa
Sakit, benci, sedih, kecewa

Cinta,cinta,cinta
Cinta, cintalah,
Cinta hakiki
Cuma satu rasa
Ketenangan dirasakan......

Biarlah Dia yang menentukan segalanya

Terubat rinduku kini
Pabila bertemu dengannya
Hati berbunga mengharap balasan
Namun iman menegurku
Jangan di layan perasaan itu....

Aku pasrah tatkala Iman menegurku
Kerana jika ku bantah katanya
Aku sendiri yang akan parah
Mengejar cinta yang belum pasti

Bersabarlah kata si Iman
Tak usah terburu-buru
Jika dia milikmu
Tak akan lari ke mana

Aku redha dan pasrah
Bisikan si Iman
Kerana aku tidak punya kuasa
Biarlah aku serahkan segalanya
Kepada si Dia yang Maha kuasa....

Tuesday, February 16, 2010

Taubatku padaMU

Wahai Tuhanku
Ampunkanlah segala salah silapku
Zahir dan batin
Sembunyi atau terang-terangan
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segala-galanya

Wahai Tuhanku
Syukur alhamdulillah
Kerana Kau
Sentiasa memberi peluang kepadaku
Menginsafi segala dosa

Tuhanku
Kau kuatkanlah aku
Dalam menempuh
Ranjau kehidupan ini
Biar berpaksi
PetunjukMu
Walau lautan sering bergelora
Walau sampanku kian terumbang ambing
Walau sampanku semakin parah, retak, hancur berkecai
Kuatkanlah aku YA ALLAH...

Ya Tuhanku
Jangan biarkan sampan ini
Bergerak tanpa arah
Berlabuh tanpa tujuan
Pimpinlah aku Ya Allah..
Untuk mendapat RedhaMu

Ya Tuhanku
Berilah kekuatan padaku
Untuk istiqomah di jalanMu
Walau selautan salah silapku
Kau pimpinlah aku Ya Allah
Jangan biarkan aku
Walau sekelip mata...
Moga cintaku padaMu
Semakin mendalam...

Thursday, February 11, 2010

Aspek penting dalam penilaian rph.

Penyeliaaan praktikum sememangnya sangat penting kepada para pelatih yang telah ditempatkan di sekolah terpilih. Pensyarah pembimbing akan datang menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan oleh pelatih tersebut. Aspek yang dilihat meliputi rph ( rancangan pengajaran harian yang dilakukan setiap masa sebelum melakukan p&p.

Dalam rph yang dilakukan aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah dalam hasil pembelajaran atau di kenali sebagai objektif. Di sinilah yang perlu sebenarnya target atau sasaran seorang guru agar murid dapat mencapai apa yang telah ditetapkan. Pelatih juga perlu pastikan bahawa segala apa yang telah ditulis dalam rph mestilah diikuti agar perancangan yang telah dibuat dapat di capai.