Sunday, January 31, 2010

Cukuplah Dia bagiku...

Tak usah berharap pada yang lain
Tak usah kau minta pada yang lain
Cukuplah
Hanya pada Nya..

Tak usah menagih kasih pada yang lain
Kasih mereka belum pasti
Rayulah pada Nya
Serahkan segala jiwa raga
Itulah cinta hakiki

Biar dia yang menentukan buatmu
Sekarang
Capailah cita-citamu
Semampu mampunya
Biar diri punya matlamat
Bukan sekadar batu karang

Wahai diri
Teruskan langkahmu
Hapuskan angan-anganmu
Hapuskan khayalanmu
Di alam realiti ini

Pandang ke depan
Masih banyak tanggungjawabmu
Perlu diselesaikan
Sebelum menghadapNya

Cukuplah Dia bagiku
Segala-galanya
Dalam hidup ini
yang Maha segala Maha

Maha Pengampun
Maha Pemberi
Maha Penyayang
Maha Pemberi

Cukuplah, Cukuplah, Cukuplah
Dia segala-galanya bagiku....

Saturday, January 30, 2010

Teruskan langkahmu..

Wahai diri...
Tabahkanlah dirimu
Dalam hidup ini
Jangan mudah patah semangat
Teruskanlah perjuanganmu

Wahai diri
Walau apapun yang berlaku
Hadapilah dengan positif
Kerana, setiap yang terjadi
Ada hikmahnya...

Wahai diri
Tetaplah istiqomah
Di jalanNya
Walau jalan berliku
Sukar membuat pilihan
Yakinlah setiap yang terjadi
Itulah yang terbaik buatmu

Peliharalah diri
Jangan biarkan dirimu
Terleka, terlalai lagi
Waspada selalu
Pada  dugaan dunia
Jagalah hati selalu
Biar bersih selalu

Sandarkan segalanya
Pada yang Esa..
Kerana
Dia yang lebih berkuasa
Jangan terpedaya pada dugaan dunia
Yakinlah pada pertolonganNya
Setaip detik kau mengingatiNya
Hatimu pasti kan tenang...

Sabarlah, berdoalah selalu
Tawakal, berserah
Segalanya pada yang
Esa...
Suatu hari pasti kau ketemui
Kebahagiaan itu...

Perbaikilah akhlakmu
Tingkatkanlah keimananmu
Tingkatkanlah ilmumu
Berbuat baik pada semua orang
Moga dirimu, sejahtera selalu...

Wahai diri
Ingatlah..
Kamu punya tanggunggjawab di dunia ini
Tanggungjawab terhadap Allah SWT,
Menjadi hamba yang taat
Ikut segala perintah
Jauhilah segala larangannya
Amalkan segala ajaran Islam
Semampunya.....

Tanggungjawab terhadap Ibu bapa
Peliharalah mereka, doakanlah
Berbakti kepada mereka
Jaga kebajikan mereka
Moga bahagia dunia akhirat

Kini engkau bakal menjadi seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu
Mendidik anak bangsa
Perbaikilah akhlak mereka
Moga kenal akan penciptaNya

Insya Allah

Friday, January 29, 2010

Murid-muridku

Wahai murid-muridku sayang...
Dengar pesan cikgu
Jadi murid baik
Baik di sekolah
Baik di rumah
Baik di mana-mana

Jangan jadi macam sin chan
Selalu buli orang
Jadilah macam ipin upin
selalu dengar kata baik

Murid-muridku
Tidak baik bising dalam kelas
Nanti cikgu marah
Ilmu diajar tidak masuk
Nanti tak dapat jawab ujian

Murid-murid
Datang ke sekolah
Hari-hari
Hari - hari buat baik ye..
Hormat cikgu, hormat kawan..

Jaga kebersihan kelas
Supaya seronok belajar
Senyum pada semua
ucap salam pada semua

Cikgu doakan kamu berjaya
Moga menjadi insan berguna
Punyai akhlak yang baik
Peribadi yang unggul

Kelak cikgu pasti  tersenyum
Melihat dirimu
menjadi pemimpin mulia...

Sunday, January 24, 2010

Dilema

Satu masalah
Dua pilihan
Punya sebab dan akibat tersendiri
Mesti memilih di antara satu
Tidak ku tahu mana yang terbaik
Ku harapkan
Petunjuk dariMu
Moga hatiku
Tabah dan Redha
Menghadapinya....

Laptopku terbang ke KL

Aduhai... sedihnya rasa hati ini apabila berjauhan dengan laptop kesayanganku. Laptopku terpaksa di hantar ke KL kerana beterinya tidak berfungsi. Aku ingatkan boleh siap sehari dua, dan pusatnya pun dekat-dekat sahaja, nyata sekali jangkaan ku meleset sama sekali. Sementara warranty masih ada aku menghantarnya ke kedai tempat aku beli. Namun aku masih dalam proses pertimbangan sama ada ambil balik, ataupun biarkan di hantar ke KL. Jika aku hantar, aku tak punya alat untuk menaip kerja-kerjaku. Takkanlah, aku nak pinjam kat kengkawan, lagipun diorang pun nak guna jugak. Moga aku dapat buat keputusan yang terbaik, dalam apa juga tindakan yang aku lakukan. Walaubagaimanapun, aku akan buat keputusan yang terbaik.... hantar atau tidak laptopku ke KL?????

Alhamdulillah, akhirnya aku redha atas apa yang terjadi. Aku pasrah apa yang berlaku. Aku biarkan laptopku terbang ke kl. Rupanya di sebalik sesuatu yang berlaku ada hikmahnya.

Alhamdulillah akhirnya pada hari ini, 27 hb 2 laptopku akhirnya sampai ke sabah. Sudah hampir sebulan lebih, aku menunggu kedatangannya. Nasib baiklah, Fatimah iren, sahabatku yang baik hati sudi meminjamkan laptopnya kepadaku. Syukur Alhamdulilah atas segala nikmat kurniaannya kepadaku. Betapa gembiranya,hatiku atas pemberian nikmat ini.Insya Allah, akan aku gunakan laptop ku ini untuk mendapatkan keredhanNya. Amin ya rabbal alamin.



Friday, January 22, 2010

Yassin ayat 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya
dan pada ayat ke 58 surah tersebut
“SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM” diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu,
Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh
dan mencintai Islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,
kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman
kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..

http://wanhayati.wordpress.com/2007/08/15/rahsia-surah-yassin-ayat-ke-58/

Tuesday, January 19, 2010

Cikgu oh cikgu

Sungguh mulia kerjamu
Berbakti demi bangsamu
Berkorban jiwa raga
Untuk anak muridmu

Cikgu oh cikgu
Cekalkan jiwa
Menghadapi semua
Walau payah dan duka
Tempuhinya dengan sabar

Pengorbananmu tidak ternilai
Melahirkan insan yang berguna
Kelak jasamu pasti disanjung
Menjadi ingatan setiap masa

Cikgu oh cikgu
Betulkan niat setiap masa
Niat mengajar biarlah ikhlas
Ilmu diberi biar diberkati

Menjadi penolong di akhirat nanti
Mulut dijaga akhlak dipelihara
Biar menjadi contoh teladan
Tabiat baik menjadi ikutan

Cikgu oh cikgu..
Teruskan usahamu
Selagi hayat dikandung badan
Sudah ditakdirkan
Engkau berjuang di medan ini

Tak usah lagi memandang yang lain
Tak usah lagi menoleh ke belakang
Pandang ke depan fokus tujuan
Atur strategi tingkat usaha

Moga berjaya dunia akhirat

Hari ke 2 praktikum

Pada hari ini seperti biasa, kami akan ke bilik guru.  Saya bersama dengan seorang kawan memasuki kelas 4 mahameru pada hari ini. Subjek yang diajar adalah berkaitan dengan psv. Untuk permulaannya, kami melakukan aktiviti yang ringkas. Tambahan pula, jadual belum diberikan kepada kami. PKG akan mengadakan mesyuarat pada pukul 10.30 nanti.

Situasi di dalam kelas ini berbeza dengan kelas yang sebelumnya. Murid-muridnya tidaklah aktif sangat. Namun kerja yang diberikan kepada mereka, lambat disiapkan. Di samping itu, bahan-bahan psv juga adalah terhad. Ramai murid yang tidak membawa   kertas lukisan dan peralatan lain psv.

Untuk yang pertama, kami mengadakan sessi perkenalan juga dengan murid-murid kelas tersebut. Aktiviti yang telah kami adakan adalah melukis rupa manusia. Oleh sebab kertas lukisan tidak cukup, kami membahagi-bahagikan kertas lukisan tersebut kepada murid-murid yang lain.

Daripada pemerhatian yang saya lihat, Sebenarnya subjek psv ini sangat diminati oleh murid-murid. Lebih-lebih lagi jika guru dapat membuat suatu aktiviti yang menarik minat mereka. Dengan itu disiplin kelas dapat dikawal. Aktiviti yang dibuat secara individu setiap murid membuatkan mereka begitu fokus dan teliti. Namun ada juga, sebilangan murid yang tidaka dapat menyiapkan tugasan tersebut. Saya merasakan, murid tersebut tidak faham arahan ataupun tidak pandai melukis.

Satu lagi perkara yang saya dapat perhatikan adalah, apabila guru menunjukkan contoh di depan tentang suatu karya, murid akan menirunya bulat-bulat. Namun murid tersebut tidak dapat meningkatkan kreativitinya. Oleh itu, saya merasakan supaya, guru menunjukkan contoh karya tersebut dalam sekilas pandang sahaja , supaya murid dapat memperkembangkan bakat dan kreativiti mereka. Itulah sedikit info yang dapat saya fikirkan, melalui pemerhatian setelah masuk ke kelas 4 Mahameru.

Dapat jadual mengajar

Hari ini, saya dan kawan-kawan sudah mendapat jadual mengajar.  Sebanyak 10 masa yang telah diperuntukkan kepada saya. 8 masa untuk subjek Pendidikan Seni Visual dan 2 masa untuk Subjek Kemahiran Hidup. Saya berasa sungguh seronok kerana berpeluang untuk menjadi seorang guru. Saya juga berasa gembira kerana mendapat guru pembimbing yang baik hati dan sentiasa bekerjasama. Saya juga difahamkan bahawa, untuk subjek psv ini, guru sendirilah yang menyediakan bahan-bahan dan peralatan untuk murid-murid. Ini kerana, tidak ramai murid yang membawa bahan psv. Guru pembimbing menasihatkan kepada saya supaya mengambil kertas di biliknya dan menjual kepada murid bagi subjek psv. Ini memastikan supaya murid-murid dapat mengikuti pembelajaran psv dengan sebaiknya. Saya merasakan, inilah caranya yang patut dilakukan apabila murid tidak membawa kertas lukisan. Dengan itu, saya harus memikirkan perkara-perkara yang boleh menjimatkan kos psv dengan menggunakan bahan-bahan terbuang.


Gambar di atas merupakan murid-murid tahun 4,5, dan 6 yang membaca buku di tapak perhimpunan. Program ini dikenali sebagai NILAM. Selama 10 minit diperuntukkan untuk murid-murid membaca buku. Program ini bertujuan supaya murid-murid dapat membudayakan budaya membaca dalam kehidupan mereka dan dapat memupuk minat mereka.
















Manakala gambar di sebelah kiri pula adalah murid-murid tahun 4 Mahamera. Setelah selesai aktiviti memperkenalkan diri, kami mengadakan aktiviti melukis pula. Kebetulan kertas lukisan tidak mencukupi, terpaksalah berkongsi dengan kawan-kawan. Murid-murid seronok melaksanakan aktiviti ini dan berinteraksi dengan guru.

Saat apresiasi seni pula dilakukan, murid ke depan dan bercakap mengenai karya atau lukisan yang dihasilkan. Cantik atau buruk bukanlah pada suatu karya itu, namun karya itu ada keunikan dan kelebihan yang tersendiri. Semoga pengalaman yang kulalui ini dapat mematangkan diri untuk menjadi seorang guru dan seterusnya dapat mengawal kelas dengan baik.













Sunday, January 17, 2010

First day praktikum

Esok adalah hari pertama dalam sejarah hidupku untuk bergelar seorang pelatih maktab dan berpeluang menjadi guru tak rasmi. Subjek yang akan ku ajar adalah Pendidikan Seni Visual dan minor pula adalah kemahiran hidup. Aku di tempatkan di SK Darau Menggatal. Sebelum menjalani praktikum ini, tutorku, ketua jabatan dan pensyarah lain telah memberi amanat kepada kami semua untuk menjalani praktikum ini dengan sebaiknya. Aku mesti menunjukkan rasa rendah diri di hadapan guru yang lebih berpengalaman. You all must humble, pesan semua pensyarah kepada kami. Sepanjang praktikum inilah juga, merupakan bulan peperangan buat kami semua kerana perlu menyediakan rph, abm, mengemaskinikan folio dan sebagainya. Semoga aku dapat menghadapi dengan tabah, bersemangat,ceria, seronok, dapat menimba pelbagai ilmu dan paling utama dapat menjiwai profesion keguruan ini.

Hari pertama ke sekolah ini sangat mendebarkan. Aku bangun awal, takut terlajak pagi. Begitu juga dangan kawan-kawanku. Awal-awal lagi kami semua dah bersiap sedia untuk ke sekolah masing-masing. Seawal jam 5.30 pagi semuanya telah siap sedia, sedangkan cuaca di luar masih gelap gelita. Sungguh bersemangat kami semua pada hari tersebut. Kami berlima berjalan kaki ke SK Darau, dan 3 orang kawanku yang lain menaiki bas ke SK Gudon. Sekolah tempatku, tidaklah jauh sangat dari rumah sewa kami. Dalam masa 15 minit boleh sampai.

Dari jauh, murid-murid memerhatikan kami semua. Ada cikgu baru..kata murid-murid tersebut. Sesampai di sekolah itu kami berjumpa dengan penolong kanan guru besar. Kebetulan GB pada waktu itu tiada kerana ada urusan lain. PKG memperkenalkan kami kepada guru-guru. Hari isnin, merupakan hari perhimpunan sekolah, kami diperkenalkan pada perhimpunan tersebut. Hari pertama pengalaman yang sungguh menyeronokkan apabila kami masuk ke kelas 4 Kinabalu.



Kelas 4 kinabalu







Kami bertiga bersama-sama untuk masuk ke dalam kelas ini. Angelina Nuriyani dan aku. Kami ditugaskan untuk menjaga kelas ini kerana guru yang mengajar pada waktu berkenaan telah memohon cuti. Pada permulaannya, kami menyuruh para murid untuk bercakap dan memperkenalkan diri masing-masing. Selepas itu kami membuat aktiviti mendengar dan menulis perkataan dalam bahasa Inggeris. Guru menyebut perkataan tersebut dan seterusnya murid datang ke depan dan menulis di atas whiteboard. Murid - murid di sini sangat bijak kerana hampir ke semua perkataan yang disebut mampu diterjemahkan oleh mereka dalam perkataan. Seterusnya aktivi yang kami lakukan adalah Whispering games, dan lukis dan teka. Dalam permainan Whispering games ini murid di beri tengok dan hafal ayat yang tertulis dalam kertas dan kemudiannya membisikkan kepada kawan di belakannya dan seterusnya. Manakala murid yang terakhir akan menulis perkataan yang telah dibisikkan oleh rakannya. Dalam aktiviti lukis dan teka pula murid melihat nota yang ditunjukkan oleh guru dan kemudian mereka melukis objek berkenaan dalam papan tulis. Murid lain pula akan meneka berdasarkan objek yang telah dilukis.

Secara keseluruhannya, pengalaman dalam bilik darjah ini merupakan suatu perkara yang menyeronokkan dan amat mencabar buat saya. Ini kerana, aspek kawalan kelas merupakan perkara yang perlu diambil perhatian. Suara guru merupakan faktor utama untuk mengawal disiplin kelas. Apabila nada suara guru yang perlahan dan tidak dapat didengar oleh murid menyebabkan mereka tidak mengambil perhatian. Sikap guru juga perlu tegas dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Aktiviti yang menarik juga mampu menarik minat murid untuk turut mengikuti sepanjang pembelajaran dan pengajaran pada masa tersebut. Dalam hal ini, guru perlu bijak untuk mengawal kelas iaitu tidak hanya tertumpu di hadapan sahaja tetapi perlu bergerak di sekitar dalam kelas tersebut untuk memerhati tindakan murid-murid tersebut.










Saturday, January 16, 2010

Doa melangsaikan hutang

Doa melangsaikan hutang

" Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman  hutang dan penindasan orang."

Al-Mathurat

Keseronokan di tempat kerja

Tips untuk seronok bekerja
1. Relaks, jangan terlalu serius
2.Jadikan  kerja sebagai suatu permainan
3.Ketawalah, ianya adalah pengikat kemesraan bersama
4.Bantulah orang lain kita pasti seronok
5.Apabila kita seronok, kita menyeronokkan orang lain.
"Setiap orang akan mencapai kejayaan dalam  hal apa sahaja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

Ceria bermula dalam diri kita. Senyum..senyum..senyum. Seronokkan orang lain. Faktor keceriaan,gunakanlah warna-warna yang ceria, letak gambar-gambar atau kata2 positif. Raikan sesuatu untuk menimbulkan keseronokan di tempat kerja. Kita seronok dengan kerja itu,membuatkan kita seronok di tempat kerja itu. Bentuk suasana baru atau budaya positif dalam kerja. Sentiasa berdoa supaya seronok di tempat kerja.

Sambutan hari lahir

Hari lahir atau hari jadi sememangnya suatu saat yang amat menyeronokkan dalam kehidupan. Namun, realiti masyarakat kini lebih kepada hiburan semata-mata, malah berlaku pergaulan sosial yang berleluasa. Bagaimanakah seharusnya kita menyambut hari lahir kita dengan sebaiknya. Ucapan syukur kepada yang Maha Esa perlu dilakukan dengan melakukan solat syukur, bersedekah sebagai tanda terima kasih kepadaNya di atas nikmat usia yang masih diberikan kepada kita. Di samping itu, ucapkanlah terima kasih kepada ibubapa, terutamanya ibu yang telah melahirkan kita di dunia ini. Tanpa merekalah, tiadalah kita di dunia ini. Hadiah boleh diberikan kepada mereka. Ulang tahun, sepatutnya kita dapat bermuhasabah pada diri dan bertekad membuat perubahan dalam diri. Semoga ulang tahun yang dihadapi akan menjadi titik tolak perubahan dalam diri kepada yang lebih baik.

Ujian

Kekadang aku menang
Menghadapinya
Membuatkanku bahagia
Menjernihkan hatiku

Kadangkala aku tewas
Menempuhnya
Membuatkan ku rasa berdosa
Menjadikan hatiku resah gelisah

Ujian datang bermacam bentuk
Fizikal, Mantel,
Kesusahan, Kesenangan
Ketaatan, Kemaksiatan

Tempuhilah dengan sabar
Berpandukan iman
Ikhlaskan diri
Mohon PadaNya

Selamat Dunia Akhirat

Friday, January 15, 2010

Packing barang

Aku dan kawan-kawanku sibuk berkemas barang nak pindah rumah. 18 hb ni,bermulalah episod perjuangan kami sebagai guru pelatih. Selama 12 minggu kami akan berjuang dan menjalani praktikum. Semoga kami semua berjaya di arena ini.
Wah, banyaknya barang kita kata sahabatku yon, iyalah. Jawabku. Harap-harap boleh muatlah dalam bas mini tu, kalau tak terpaksalah ulang  alik. Tambangnya pun, bukannya murah. Sekali jalan mencecah Rm 80. Nasib baiklah kami berenam,bolehlah save budget. Macamanalah nak kurangkan barang ni, payah betul nak bawa. Macam setahun dok kat rumah ni, Sudah berkotak-kotak barang nak dibawa. Itulah lumrah kehidupan seorang pelajar, hidup berpindah randah menuntut ilmu. Kepada Tuan Rumah di sini, diucapkan ribuan terima kasih atas segala jasa dan bantuan yang telah diberikan. Semoga perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali.

Alhamdulillah,akhirnya kami sampai ke tempat yang dituju.Walaupun, cuaca tidak berapa elok iaitu hujan renyai-renyai. Kami dapat rumah sewa di atas kedai. Alhamdulillah, rumah sewanya besar ada 3 bilik dan sangat selesa buat kami berlapan. Walauapapun, dari segi keselamatan amatlah kurang. Oleh itu,kami kena berhati-hati setiap masa. Tambahan pula orang yang tinggal di sekeliling kebanyakan adalah orang asing. Kerapkali terjadinya pencerobohan,  dan ragut di kawasan ini. Semoga kami sentiasa berhati-hati dan berwaspada. 

Hujan lagi

Sudah beberapa hari, hujan masih lagi berterusan. Baju yang ku sidai belum kering-kering lagi. Hampir semua tempat mengalami keadaan yang sama. Apalah ujian kita pada kali ini. Moga-moga kita dijauhkan daripada segala perkara yang tidak baik. Pada 15 hb jan 2010 pula, ada gerhana matahari. Ruginya, aku tak tahu, bila buka internet baru tahu pasal beritanya. Patutlah cuaca pada waktu tu mendung sahaja, rupa-rupanya ada gerhana matahari pula. Biasanya ketika berlaku gerhana matahari ini umat Islam disunatkan untuk sembahyang sunat. Malangnya, aku betul-betul tak tahu tentang ini.

Tuesday, January 12, 2010

Elaun oh elaun..

Bilalah masuk elaun ni, poket pun dah kering. Kalau benarlah elaun masuk bulan 2, apa kita nak makan? Rumah pun belum settle lagi.  18 hb ni dah nak praktikum. Abm pun mesti banyak nak guna duit. Aduii... sengsaranya. Nak minta duit kat kampung, segan. Lagipun diorang pun bukannya ada duit. Malahan diorang lagi yang berharap dengan orang  yang ada elaun ni. Apalah nasib kali ini.

Memang jika difikirkan sangat memang susah hati. Aku kasihan juga kat kawan yang terpaksa ikat perut untuk berjimat cermat. Namun aku sendiri pun tidak punya wang yang banyak lagi. Cukup-cukup untuk menampung sewa rumah nanti. Perbelanjaan kat sini bukannya murah, tambahan pula semuanya kena gunakan wang. Masih kuterasa, payahnya nak mencari rumah sewa ni.Ingatkan senang rupanya tak. Seharusnya aku kena servay awal tentang rumah sewa ni, baru senang nak dapat. Ini tidak, last minute baru kelam kabut nak cari. Bukankah cari nahasnya. Mujurlah ada kawan yang dah tanyakan pasal rumah sewa ni. Harap-harap dapatlah. Sebelum ni pun, aku dan kawan-kawan sudah servay tempat2 rumah sewa yang diiklankan dalam mudah.com, malangnya tak dapat juga. Walaupun banyak rumah kosong tetapi pemilik rumah berkenaan sukar untuk dihubungi.

Buat masa ini, kami masih menanti elaun masuk, baru senang nak gerak ke mana-mana. Ini semua sebenarnya adalah ujian. Menguji kami  agar menghargai nilai berjimat-cermat, meningkatkan usaha,tidak mudah patah semangat dan yang utama memohon pertolongan kepadaNya dengan bersungguh-sungguh. Di samping itu,ujian ini juga mengajar kami agar pandai merancang ekonomi diri agar tidak boros dalam berbelanja. Walauapapun, kami akan tetap tabah dan sabar untuk menanti elaun ini. Terkandung hikmah dalam suatu kejadian namun manusia sukar untuk mendapatkannya.





Kelebihan surah Yassin

Ayat 1 - 9  : Untuk keselamatan diri

Ayat 9  : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.

Ayat 12  : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35  : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23  : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30  : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam

Ayat 33 - 35  : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36  : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37  : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38  : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39  : Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40  : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41  : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44  : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48  : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49  : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1   - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11  - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50  : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58  : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76  : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79  : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan  badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.

Ayat 79  : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82  : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut  pastu  baca pada air 100x  & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma         - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima         - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin         - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Seelok-eloknya dibaca :
Selepas sembahyang subuh
2. 3 Jumaat berturut-turut
3. Ayat 1 - Yassin baca 7x
4. Ayat 38 - 12x
5. Ayat 58 - 7x
6. Ayat 82 - 14x
7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.
8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah.
9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul.
Wallahualam. 

Dipetik dari
http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6535370462624687310

Monday, January 11, 2010

Rumah sewa oh rumah sewa

Ya Allah..Susah juga ya, nak cari rumah sewa ni. Ingatkan senang. Tengok dalam internet kat mudah.com banyak juga listnya. Tapi bila call dah di sewa. Kecewanya hati ini. Lagi satu sewanya pun bukan alang - alang.. mahalnya.. Itu belum lagi campur deposit yang ada  tambah..tambah..tambah. Rumah yang banyak kosong ingatkan tak de orang.Kenapalah diorang tak sewakan sahaja. Dari terbiar kosong lagi elok diorang sewakan rumah tu, ada lagi pendapatan diorang. Kasihan orang-orang seperti kami atau orang  lain yang berhempas pulas nak cari rumah sewa ni. Biasanya guru pelatihlah yang payah nak cari rumah sewa ni. Entah di manalah nak menumpang nanti. Ada kenderaan oklah. Tapi yang tak de bagaimana? Tambang sekarang pun bukan murah lagi. Itulah sebenarnya cabaran dalam kehidupan ni,ada - ada je.
Teruskan usahamu wahai insan-insan yang mencari rumah sewa. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Nilaikanlah sudah berapa peratuskah usahamu, Jika usahamu tidak seberapa janganlah mengharapkan impian yang besar. Tingkatkan usahamu, jangan lupa berdoa sepenuh hati pada Tuhanmu, kerana Dialah yang menentukan segalanya. Ikhlaskan dirimu setiap masa moga segala yang diperolehi mendapat keberkatan dariNya. Yakinlah Allah tidak memandang hasilnya tetapi Allah memandang usahamu dalam berbuat sesuatu.

Syukur Alhamdulillah..akhirnya kami dapat gak rumah sewa. Setelah bersusah payah, Zahir dan Batin untuk mencari, akhirnya  dapat juga. Malahan lebih baik lagi daripada yang sebelumnya. Sesungguhnya Allah SWT maha Pemurah lagi Maha mengasihani. Apabila kita berusaha bersungguh-sungguh Allah akan tolong kita. Kalau bukan kita yang dapat mencari rumah sewa tersebut, ada orang lain yang akan tawarkan kepada kita. Yakinlah, itu sebenarnya adalah bantuan daripada yang Maha Esa. Semoga apa yang berlaku ini akan meningkatkan lagi keyakinanku terhadapMu. Allah menguji seseorang dengan pelbagai ujian untuk mengetahui sama ada masihkah kita bergantung harap padaNya atau berharap pada manusia.




Thursday, January 7, 2010

Andai aku seorang guru

Andai aku seorang guru
Aku sangat gembira
Mengapa
Sebab kerja guru sangat mulia,
Lagipun bila tengok cikgu first time
Terus jatuh cinta
Lagi - lagi cikgu itu baik
Kata - kata nya lembut
Prihatin pada murid
Sering bagi nasihat, bagi motivasi
Berikan hadiah
Itu yang buat aku sangat suka pada cikgu
Kalau aku jadi cikgu
Aku akan bangga
Kerana tidak sia-sia
Pengorbanan cikgu selama ini
Akhirnya anak muridnya
Telah menjejakinya
Lagi pula dengan menjadi cikgu
Aku rasa aku dapat membalas jasa cikguku
Dengan mendidik pula generasi baru
Seperti mana cikguku mendidikku dahulu
Supaya menjadi insan berguna
Andai aku menjadi seorang cikgu
Aku sangat gembira,bangga dan bersyukur

Berfikirlah

Fikir - fikirlah
Dalam hidup ini
Bukan boleh dibuat main - main
Perlu ada perancangan

Merancang bukan hanya di fikiran
Tetapi perlu ditulis
Biar menjadi tatapan tiap masa
Sentiasa tersemat terpaku di hati

Menunggu masa di puncak gemilang
Bukan hanya berkhayal angan-angan
Berfantasi di alam realiti
Tapi buktikan pada diri sendiri

Sememangnya kamu itu boleh
Pasti boleh dan berjaya
Fikir - fikirkanlah
Gerakkan kudratmu

Jangan hanya termangu
Melayani fantasi khayalan di siang hari
Sedangkan di sana
Berlumba-lumba
Mencipta kejayaan
Mengukir senyum
Mendapat kebahagian

Fikir- fikirkanlah wahai diri
Hidup ini adalah terlalu singkat
Untuk tidak dihargai
Ukirlah sebuah kejayaan
Nescaya kan menjadi realiti
Kenangan terindah dalam hidupmu..

( 7/1/10-tgh cari idea harapan utk praktikum nanti )

Wednesday, January 6, 2010

sedia sedia

Sedia sedia selalu
kerana kita tidak tahu
Bila bila pun
Di mana-mana

Tak ada ilmu
Tak ada kemahiran
Timbalah
Carilah
Tanyalah
Jangan malu-malu

Sedia sedialah selalu
Sebelum ajal menjemput
Kerana tak tahu bila kan terjadi
Namun perkara itu
Pasti berlaku

Sedia sedialah
Siapkan diri
Walau di mana berada
Kutiplah ilmu dengan siapa
Jangan tengok siapa memberi
Lihatlah apa yang diberi

Sedia sedia
Siap sedia
Setiap masa
Walau di mana
Sentiasa bersedia

(6/1/09- Jadi mc, kreatif idea, pelajari baca dan amal ilmu,)

Tentang LM





Latihan mengajar atau yang dikenali sebagai praktikum merupakan perkara yang wajib dan mesti dilakukan oleh seorang pelatih maktab perguruan sebelum menjadi guru yang sebenar. Sebelum ini pelatih sudah pernah melakukan ROS atau PBS ( pengalaman berasaskan sekolah ) selama 2 minggu di sekolah-sekolah terpilih. Jangkamasa latihan mengajar ini adalah selama 3 bulan. Pelatih akan dibimbing oleh pensyarah pembimbing masing-masing mengikut subjek major dan minor. Matlamat latihan mengajar ini membolehkan guru pelatih menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip dan kemahiran yang diperlukan oleh seorang insan guru yang profesional.Ini juga dapat membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran di sekolah. Antara objektif latihan mengajar ini pula dapat memupuk sifat positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamal nilai profesional keguruan. Dapat membina daya suai, daya tahan,daya saing dan daya cipta. Objektif latihan mengajar juga adalah meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap pelajar dan budaya sekolah, menyepadukan teori dan amali pengajaran  pembelajaran, menguasai strategi pengajaran pembelajaran, mengenal pasti dan menyelesaikan pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya memperkembangan potensi mereka sebagai seorang guru, mengeratkan hubungan profesional antara maktab perguruan dan sekolah melalui perbincangan dan perkongsian maklumat serta kepakaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, membuat renungan dan penilaian kendiri dalam semua aspek dan tugas guru  serta menilai prestasi guru pelatih semasa praktikum.






















Monday, January 4, 2010

Teknik gosokan dalam bidang menggambar



Inilah hasil kerjaku dalam bidang menggambar menggunakan teknik gosokan. Alat dan bahan yang digunakan adalah seperti kertas lukisan, sebaik - baiknya  kertas tersebut adalah nipis supaya kesan jalinan dapat dilihat di permukaan kertas. Saya menggunakan pensil warna untuk menimbulkan jalinan ini. Alat - alat yang digunakan untuk menghasilkan jalinan seperti jaring bawang, permukaan kayu, permukaan fail, permukaan kain dan span kesat. Selain daripada itu, alat-alat lain juga boleh digunakan asalkan dapat menimbulkan jalinan yang cantik


Jaga nama baik

Ingat,ingat,ingat
Wahai dirimu
Jangan alpa di dunia ini
Jangan lalai di dunia ini
Kamu punya tanggungjawab besar
Mendidik membina modal insan
Sudah banyak yang engkau pelajari
Sudah banyak yang engkau tempuhi
Tahun1,2,3,4,5,6,
Tingkatan 1,2,3,4,5,6
UPSR,PMR, SPM,STPM
Sehingga Universiti
Apa yang kau dapat
Apa yang engkau perolehi
Banyak wang yang sudah dilaburkan
Sudah banyak keringat yang tumpah
Dari kedua orang tuamu...
Tangan mereka sudah letih bekerja
Namun mereka tak pernah mengeluh
Demi dirimu..Demi dirimu
Mereka sanggup lakukan..
Apa yang sudah kamu dapat..
Apa yang sudah kamu dapat..
Berbaloikah usaha, modal, dan keringat keduaibubapamu
Dengan apa yang kamu dapat hari ini..
Bertambahkah sudah iman dan takwa kamu?
Baikkah sudah amalan kamu?
Elokkah sudah akhlakmu?
Berbudi pekertikah sudah kamu?
Sudahkah kamu manfaatkan ilmu yang kamu pelajari?
Sudahkah kamu menjadi insan yang sebenar?
Jika semua itu belum mampu kau capai
cukuplah ...
Jaga nama baik kedua orang tuamu
Jaga nama baik
Jaga nama baik

Sunday, January 3, 2010

Macam-macam terjadi

Macam-macam terjadi
Ya Allah
Lindungi aku dari segala kejahatan
Peliharalah aku dari keburukan

Macam-macam terjadi
Sembunyi atau terang-terangan
Aku tak punya kuasa untuk menghalang
Hanya Engkau yang lebih kuat

Macam-macam terjadi
Kutitipkan doa
Hanya itu yang mampu aku lakukan
Siapalah aku berbanding Engkau
Yang Maha Berkuasa

Macam-macam terjadi
Ya Allah SWT..
Lindungi aku
Lindungilah sahabat-sahabatku..
Semoga jalan ini sentiasa diredhaiMu

Macam-macam terjadi
Ya Allah..
Berilah kami petunjuk
Terangilah hati kami
Mudahkanlah hati kami mengetahui hakikat sebenar

Macam-macam terjadi
Ya Allah
Bimbinglah kami
Moga selamat di dunia dan akhirat
Kerana dari Engkau kami datang dan Dari Engkau kami kan kembali
Amin ya rabbal aalamin.....

( Muhasabah dari cerita kawan )

Friday, January 1, 2010

2010

Tahun baru
Menjelma lagi
2009 telah kutinggalan
Kenangan lama biarkan berlalu
2010 akan bermula
Kupastikan impian tercapai
Biar menjadi kenangan yang manis
Tahun ini menjadi saksi
Adakahku menggampai impian
Kanku pertaruhkan seluruh jiwa dan raga
Demi mencapai sebuah realiti
Bulatkan hati tekadkan azam
Pandang kedepan gagah berani
Siapkan dirimu pelbagai bekalan
Sebelum berjuang ke medan perang
Biar yakin dan berani

Kaki melangkah
Penuhkan dadamu pelbagai ilmu
Biar menjadi tempat rujukan
Banyakkan memberi dari meminta
Moga hatiku sentiasa ikhlas
Dalam terang mahupun gelap
Moga akhlakku sentiasa terjaga
Walau dimana aku berada
Sepanjang zaman sepanjang usia
Diri ini pastikan pasti tercapai harapan.